Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ENLIVENING KAMPUNG PANCHOR MURAI MOSQUE WITH RELIGIOUS ACTIVITES


BRUNEI MUARA, Thursday, 28 December 2023 - As part of the Royal Brunei Land Force (RBLF) continued efforts to promote community engagement with the residents of Brunei Muara area, a total of nine personnel from Dental Services RBLF and Medical Services RBLF led by Lieutenant Haji Ahmad Wajdi bin Haji Mohamad Rozaini had visited and participated in religious activities with the villagers of Kampung Panchor Murai at Kampung Panchor Murai Mosque, Mukim Pengkalan Batu.

Also present at the gathering was yafiq bin Haji Mohd Sofian, Imam of Kampung Panchor Murai Mosque, as well as Mosque committee members and residents of Kampung Panchor Murai. The event commenced with the Maghrib congregational prayers, followed by the recitation of Surah Yassin and Tahlil and Isyak congregational prayers.

This is a frequent event as part of the RBLF Community Outreach to further strengthen the relationship and enhance cooperation between RBLF and the local community.



MENYEMARAKKAN MASJID KAMPUNG PANCHOR MURAI DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN

BRUNEI MUARA, Khamis, 28 Disember 2023 – Sebagai usaha berterusan dalam memperkukuhkan kerjasama di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan penduduk kawasan Daerah Brunei Muara, seramai sembilan anggota dari Khidmat Pergigian TDDB dan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB yang diketuai oleh Leftenan Haji Ahmad Wajdi bin Haji Mohamad Rozaini telah berkunjung serta menyertai aktiviti keagamaan bersama penduduk kampong di Masjid Kampung Panchor Murai, Mukim Pengkalan Batu.

Turut hadir ialah Syafiq bin Haji Mohd Sofian, Imam Masjid Kampung Panchor Murai serta ahli Takmir Masjid dan penduduk kampong. Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengaan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.

Acara berkebajikan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Jangkauan Komuniti TDDB yang dilaksanakan secara berterusan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama erat di antara TDDB dengan masyarakat setempat.