KAMPUNG MELILAS, Saturday, 30 July 2023 – Medical and Health Services Royal Brunei Land Force (RBLF) and Dental Services RBLF in collaboration with Jerudong Park Medical Centre (JPMC) conducted a health promotion roadshow in conjunction with the 62nd Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), as well as the Silver Jubilee Anniversary of JPMC Hospital, supporting the Brunei Government's Whole-of-Nation approach. The roadshow was conducted for two days, from 29 July 2023 until 30 July 2023 at Kampung Melilas Long House, Belait District.
A total of 34 personnel from Medical Services RBLF and Dental Services RBLF led by Major Dr Mohammad Hamiz bin Haji Jamil, Senior Dental Officer RBLF and 15 personnel from JPMC were involved in the roadshow.
Lieutenant Colonel (Retired) Dr Muhd Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim, Chairman of Medical Corporate Social Responsibility (CSR) Program for JPMC 25th Anniversary Silver Jubilee Celebration handed over mementos of appreciation and souvenirs to Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Services and representative of RBAF to signify the collaboration activities conducted by RBAF and JPMC together, as well as to representatives of Kampung Melilas. Also in attendance was the chairman for RBAF 62nd Anniversary Community Activities.
Residents from Kampung Melilas, Kampung Sukang and the surrounding villages gathered for the health and dental check-ups provided during the roadshow. Basic health check-ups included Body Mass Index (BMI) calculation, glucose and blood pressure measurements, and health consultations with multiple specialists from JPMC as well as general practitioners from both JPMC and RBAF. First Aid and AED training were also delivered to the residents by both JPMC and RBAF personnel in collaboration.
Dental Services RBLF and JPMC Dental Team also provided clinical dental treatment such as dental examination, extractions, fillings, denture repairs, dental hygiene treatment as well as treatment for children using the Dental Services RBLF Field Dental Equipment and diagnostic portable digital Dental Radiography. Oral health promotion activities such as toothbrushing instructions and dietary advice were also conducted with children of the community. In addition, Hygiene Personnel from Medical & Health Services carried out fogging of the surroundings of Kampung Melilas as one of the efforts to clean the environment to reduce infection and prevent mosquito breeding.
In the evening, the RBLF and JPMC personnel performed Maghrib & Isya' Prayers with the Imam and Village Community members followed by the recitation of Surah Yassin and Tahlil at the Kg Melilas Religious Hall.
The Health Promotion Roadshow was conducted as part of the RBAF 62nd Anniversary's Community Outreach Activities to enable easy access to general and oral health services to the rural community by providing free medical and dental check-ups, health consultation and basic treatment. It aims to strengthen the relationship between the rural community residents and representatives of the RBAF. JPMC collaborated with the RBAF to conduct the roadshow as part of its Medical CSR Program. The RBAF's collaboration with JPMC also demonstrates RBAF's role as a government agency working with other stakeholders in supporting Brunei Darussalam's Whole-of-Nation approach.






JERAYAWARA PROMOSI KESIHATAN DAN PERGIGIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE 62 TAHUN
KAMPUNG MELILAS, Sabtu, 30 Julai 2023 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Khidmat Pergigian TDDB dengan gabungan Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah mengadakan Jerayawara Kesihatan Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62 tahun dan juga bersempena dengan Sambutan Jubli Perak JPMC bagi mendokong pendekatan senegara. Jerayawara tersebut diadakan selama dua hari bermula 29 Julai 2023 hingga 30 Julai 2023 bertempat di Rumah Panjang, Kampung Melilas, Kuala Belait.
Seramai 34 anggota daripada Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan Khidmat Pergigian TDDB yang diketuai oleh Mejar Dr Mohammad Hamiz bin Haji Jamil, Pegawai Pergigian Kanan TDDB, serta seramai 15 ahli kakitangan JPMC telah terlibat dalam jerayawara tersebut.
Leftenan Kolonel (B) Dr Muhammad Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim, Pengerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perubatan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Perak JPMC telah menyampaikan tanda penghargaan serta cenderahati kepada Kolonel Dr Jefri bin Hj Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian selaku wakil ABDB bagi menandakan kolaborasi di antara JPMC dan ABDB termasuk wakil dari penduduk Kampung Melilas. Turut hadir juga ialah Pengerusi Aktiviti Kemasyarakatan Hari Ulangtahun ABDB ke 62 Tahun.
Warga penduduk dari Kampung Melilas, Kampung Sukang serta kawasan kampong sekitarnya telah berkumpul untuk mendapatkan pemeriksaan asas kesihatan dan pergigian yang disediakan. Pemeriksaan kesihatan asas yang dilaksanakan termasuk pengiraan Indeks Jisim Tubuh, ujian glukosa dan sukatan tekanan darah tinggi diikuti dengan konsultasi kesihatan bersama pelbagai Pakar Perubatan dan Pegawai Perubatan daripada JPMC dan ABDB. Latihan Pertolongan Cemas dan AED juga disampaikan kepada penduduk oleh ahli perubatan JPMC dan ABDB.
Khidmat Pergigian TDDB dan Kumpulan Pergigian JPMC juga memberikan rawatan klinikal pergigian seperti pemeriksaan gigi, cabutan, tampalan, pembaikan gigi palsu serta rawatan dental hygiene dengan menggunakan kelengkapan pergigian medan serta keupayaan diagnostik radiografi pergigian digitasi medan. Aktiviti promosi kesihatan pergigian seperti pengajaran pemberusan gigi dan nasihat permakanan kepada kanak-kanak di perkampungan juga diungkayahkan. Selebihnya lagi, anggota dari Unit Kesihatan Alam Sekitar, Khidmat Perubatan & Kesihatan juga membuat pengasapan fogging di persekitaran kawasan Kampung Melilas sebagai salah satu usaha untuk membersihkan persekitaran untuk mengurangkan jangkitan serta mencegah pembiakan nyamuk.
Pada sebelah malam, anggota ABDB dan JPMC menunaikan solat Maghrib dan Isya' berjemaah bersama Imam dan ahli masyarakat kampung yang diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil di Balai Ibadat Kg Melilas.
Jerayawara ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang dirancang sempena meraikan Hari Ulang Tahun ABDB yang ke 62 tahun bagi memudahkan akses memperolehi khidmat rawatan kesihatan bagi para penduduk kampung pedalaman dengan menyediakan pemeriksaan perubatan dan rawatan pergigian secara percuma. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara penduduk kampung dengan warga ABDB. Kolaborasi antara ABDB dan JPMC ini adalah sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Perubatan mereka demi mencerminkan peranan ABDB sebagai agensi kerajaan yang sentiasa bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam mendokong hasrat Pendekatan Senegara.