Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

INTRODUCTORY VISIT BY CHIEF OF STAFF OF THE INDONESIAN ARMY TO BRUNEI DARUSSALAM

‚ÄčBERAKAS GARRISON, Tuesday, 14 March 2023 - The Royal Brunei Land Force (RBLF) received a courtesy call from General Dudung Abdurachman, Chief of Staff of the Indonesian Army at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison on 13 March 2023 as part of his Introductory Visit to Brunei Darussalam from 12 March 2023 to 15 March 2023.

Upon arrival at the RBLF Headquarters, General Dudung Abdurachman was received by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of the RBLF, followed by the inspection of the Guard of Honour mounted by the personnel of Second Battalion RBLF.

General Dudung Abdurachman then proceeded with his courtesy call to the Commander of RBLF. During the call, both highlighted the close defence relations between the two countries and reaffirmed their commitment to strengthening the bilateral cooperation between the two armies that have been continuously nurtured through engagements in various areas of cooperation including bilateral exercises, interactions, courses and discussed other avenues of cooperation.

As part of his visit programme, General  Dudung Abdurachman had Courtesy Calls with the Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office, and Second Minister of Defence and Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at the Ministry of Defence.

General Dudung Abdurachman also had the opportunity to visit various places throughout his visit such as the RBAF Museum and Sultan Omar Ali Saifuddien Mosque.

An official dinner hosted by the Commander of the RBLF was also held at the Tarindak D'Polo Restaurant, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong. The dinner were attended by Field Commander of RBLF, Chief of Staff RBLF, Head of Inspectorate RBLF, senior officers and officers of RBLF and their respective spouses as well as Land Force Sergeant Major.

General Dudung Abdurachman was appointed as the Chief of Staff of the Indonesian Army on 17 November 2021.

 

LAWATAN PENGENALAN DARIPADA KEPALA STAF TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN DARAT KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Selasa, 14 Mac 2023 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Terhormat Jenderal Dudung Abdurachman, Kepala Staf Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) pada 13 Mac 2023 bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison. Kunjungan ini merupakan salah satu program bagi Lawatan Pengenalan beliau ke Negara Brunei Darussalam bermula 12 Mac 2023 hingga 15 Mac 2023.

Sejurus ketibaan di Markas TDDB, Yang Terhormat Jenderal Dudung Abdurachman telah disambut oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB diikuti dengan menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Batalion Kedua TDDB.

Selepas memeriksa perbarisan, Yang Terhormat Jenderal Dudung Abdurachman membuat Kunjungan Hormat kepada Pemerintah TDDB. Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah TDDB dan Kepala Staf TNI-AD menekankan hubungan kerjasama dua hala yang sangat erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia serta menyatakan komitmen bersama bagi saling memperkukuh kerjasama ketenteraan bagi kedua angkatan darat melalui pelbagai bidang merangkumi eksesais dua hala, interaksi persahabatan, kursus serta membincangkan mengenai jalinan kerjasama yang lain.

Melalui program yang dirancang, Yang Terhormat Jenderal Dudung Abdurachman telah membuat Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua serta Kunjungan Hormat kepada Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertempat di Kementerian Pertahanan.

Yang Terhormat Jenderal Dudung Abdurachman turut berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di sepanjang lawatan beliau seperti Muzium ABDB dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Pemerintah TDDB juga diadakan bagi meraikan lawatan pengenalan Yang Terhormat Jenderal Dudung Abdurachman dan rombongan bertempat di Restoran Tarindak D'Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, Ketua Unit Inspektorat TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai -pegawai TDDB bersama para isteri masing-masing serta Sarjan Mejar Tentera Darat.

Yang Terhormat Jenderal Dudung Abdurachman telah dilantik menjadi Kepala Staf Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat pada 17 November 2021.