Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FAREWELL VISIT BY CHIEF OF ARMY, MALAYSIAN ARMY TO BRUNEI DARUSSALAM

‚ÄčBERAKAS GARRISON, Monday, 6 March 2023 - The Royal Brunei Land Force (RBLF) received a courtesy call from General Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain, Chief of Army, Malaysian Army at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison as part of his Farewell Visit to Brunei Darussalam from 5 March 2023 to 7 March 2023.

The arrival of General Tan Sri Dato' Seri Zamrose was received by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF, followed by the inspection of the Guard of Honour mounted by personnel of Second Battalion RBLF. General Tan Sri Dato' Seri Zamrose then proceeded with his courtesy call to the Commander of RBLF. 

During the call, the Commander of RBLF congratulate General Tan Sri Dato' Seri Zamrose on the occasion of the 90th Malaysian Army Day Celebration on 1 March 2023 as well as expressing his appreciation for the visit before his retirement and hoping for continued cooperation from Chief of Army of the Malaysian Army to further strengthen the defence and military relations between the two countries, especially in regards of both Armies. In addition, both sides also expressed gratitude for the defence relationship that has been established for a long time which will continue to be nurtured through involvement in various areas of cooperation including bilateral exercises, interactions and courses as well as discussing other cooperation ties.

General Tan Sri Dato' Seri Zamrose also had the opportunity to have a Courtesy Call with Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister in the Prime Minister's Office, and Minister of Defence II at the Ministry of Defence. General Tan Sri Dato' Seri Zamrose together with his wife and delegation also attended a Dinner hosted by the Commander of RBLF at the Tarindak De'Polo Restaurant, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong. Also present were the Deputy Commander of RBLF, Field Commander of RBLF, Chief of Staff RBLF, Head of Inspectorate RBLF, Land Force Sergeant Major and their respective spouses. 

During his tenure as Chief of Army, Malaysian Army, General Tan Sri Dato' Seri Zamrose outlined the excellent defence relations between RBLF and Malaysian Army through involvement in various areas of cooperation including bilateral exercises, friendly interactions and courses since 11 June 2020.

KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PEMERINTAH TENTERA DARAT MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Isnin, 6 Mac 2023 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat Malaysia (PTDM) bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison, sebagai salah satu program daripada Lawatan Perpisahan ke Negara Brunei Darussalam bermula dari 5 Mac 2023 hingga 7 Mac 2023.

Sejurus ketibaan di Markas TDDB, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose telah disambut oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Batalion Kedua TDDB. Selepas memeriksa perbarisan, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Seri Zamrose seterusnya membuat Kunjungan Hormat kepada Pemerintah TDDB.

Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah TDDB mengucapkan tahniah sempena Sambutan Hari Tentera Darat Malaysia ke 90 tahun pada 1 Mac 2023 yang lalu di samping menzahirkan rasa penghargaan beliau di atas kunjungan daripada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose sebelum persaraan dan berharap akan kerjasama yang berterusan dari PTDM yang baru dalam sokongan dan sumbangan bagi mengeratkan lagi hubungan pertahanan dan ketenteraan kedua negara khususnya Angkatan Tentera Darat. Di samping itu, kedua belah pihak juga menyatakan rasa syukur di atas hubungan pertahanan yang telah sekian lama terjalin yang sememangnya akan terus dipupuk melalui penglibatan dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk eksesais dua hala, interaksi persahabatan dan kursus serta membincangkan mengenai jalinan kerjasama yang lain.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose juga berkesempatan untuk membuat Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II bertempat di Kementerian Pertahanan. Di samping itu, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bersama isteri dan delegasi juga telah menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Pemerintah TDDB bertempat di Restoran Tarindak De'Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB, Ketua Inspektorat Unit TDDB, Ketua Staf TDDB, dan Sarjan Mejar Tentera Darat bersama para isteri jemputan.

Sepanjang menerajui TDM Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose telah banyak mengukuhkan hubungan pertahanan baik antara TDM dan TDDB melalui penglibatan dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk eksesais dua hala, interaksi persahabatan dan kursus semenjak 11 Jun 2020.