Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ENLIVENING OF KAMPONG SELANGAN MOSQUE WITH RELIGIOUS ACTIVITIES


KAMPONG SELANGAN, Thursday, 22 September 2022 – An approach through religious activities in fostering closer relations with the local community, First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) visited Kampong Selangan Mosque, Temburong District, to perform Maghrib and Isya' prayers, followed by the recitation of Surah Yassin and Tahlil with the Imam of Selangan Village Mosque, Imam Mahdini bin Kamis.

The activity is one of many efforts to further enhance the rapport between the Royal Brunei Armed Forces Personnel in general and the RBLF with the community. Additionally, the activity allows RBLF personnel to forge closer ties with the community members while also enlivening the mosques in remote areas of the Temburong District.


MENYEMARAKKAN MASJID KAMPONG SELANGAN DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN

KAMPONG SELANGAN, Khamis, 22 September 2022 – Pendekatan melalui aktiviti keagamaan dalam menjalin hubungan erat bersama masyarakat tempatan, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB), telah berkunjung ke Masjid Kampong Selangan, Daerah Temburong, untuk menunaikan solat Fardhu Maghrib dan Isya' berjemaah serta diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil bersama Imam Masjid Kampong Selangan, Imam Mahdini bin Kamis.

Aktiviti tersebut merupakan salah satu daripada banyak usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara Warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei amnya dan khususnya TDDB dengan masyarakat. Majlis ini juga membolehkan warga TDDB mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat di samping menyemarakkan masjid-masjid di kawasan pendalaman Daerah Temburong.