Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SCHOOL OF INFANTRY ROYAL BRUNEI LAND FORCE CELEBRATES 13TH ANNIVERSARY

PENANJONG GARRISON, Friday, 29 July 2022 – School of Infantry Royal Brunei Land Force (SOI RBLF) celebrated its 13th Year Anniversary today at the Support Battalion Cook House, Penanjong Garrison.

 

Present as the Guest of Honour (GOH) was Lieutenant Colonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Commanding Officer SOI RBLF. Also present were Officers and personnel of SOI RBLF.

 

The Ceremony commenced with Surah Al-Fatihah, followed by the recitation of verses from the Al-Quran by Lieutenant Awangku Muhammad Qamarussalihin bin Pengiran Muhammad Saifuddin, who is currently attending Platoon Commander Course 2/2022. The ceremony continued with the presentation of awards to the instructors, civilian staffs and retired personnel of SOI RBLF.

 

Among the award recipients were Sergeant Amzani bin Mail as Best Instructor from Jungle Warfare Branch, Sergeant Muhammad Umar Abdul Aziz bin Abu Bakar as Best Instructor from Other Ranks Development Branch, Staff Sergeant Athhraba bin Haji Buntan as Best Instrutor from Other Ranks Development Branch, Sergeant Nurul Suriyana binti Haji Serbini as Best Instrutor from Drill Training Branch, Staff Sergeant Moammad Shahnizzam bin Haji Tamit Best Instrutor as Light and Heavy Weapons Training Branch, Warrant Officer Grade 2 Mardini bin Haji Kassim as Overall Best Instrutor from Other Ranks Development Branch, Sergeant Mohammad Sarifuddin bin Abdul Isnan for Best Senior Rank from SOI Headquaters, Corporal Mohd Yamin bin Haji Yakob as Best Other Rank from Signals Training Branch, Harungan binti Bungso as Best Civillian staff and lastly, a special award was given to Warrant Officer 1 (Retired) Birosleh bin Abi and Warrant Officer 1 Md Junei bin Haji Mohd Tahir.

 

After the presentation of awards, the GOH gave his speech where he emphasised on the importance of learning, he reminisced the progression of the School of Infantry from its humble establishment and how the school has developed over the years into becoming a school of high caliber for all infantrymen. He also shared high insights of the future to continue producing highly knowledgeable and skillful personnel for the betterment of the organisation of the Royal Brunei Armed Forces. The ceremony concluded with a Closing Doa, followed by a group photo at the Parade square of SOI RBLF.

 

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-13 SEKOLAH INFANTRI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

 PENANJONG GARRISON, Jumaat, 29 Julai 2022 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) mengadakan Sambutan Ulang Tahun ke-13 pada hari ini bertempat di Rumah Masak Batalion Bantu (Bn Bntu), Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Pegawai Pemerintah SI TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai dan anggota serta kakitangan SI TDDB.

Majlis dimulakan dengan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Leftenan Awangku Muhammad Qamarussalihin bin Pengiran Muhammad Saifuddin, peserta Kursus Ketua Platun 2/2022. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada jurulatih, kakitangan awam dan anggota bersara SI TDDB.

Antara penerima anugerah ialah Sarjan Amzani bin Mail, Pengajar Terbaik dari Cawangan Cawangan Peperangan Hutan, Sarjan Muhammad Umar Abdul Aziz bin Abu Bakar, Pengajar Terbaik dari Cawangan Perkembangan Lain-lain Peringkat, Staf Sarjan Athraba bin Haji Buntan sebagai Pengajar Terbaik dari Cawangan Perkembangan Lain-lain Peringkat, Sarjan. Nurul Suriyana binti Haji Serbini, Pengajar Terbaik dari Cawangan Latihan Kawad, Staf Sarjan Moammad Shahnizzam bin Haji Tamit, Pengajar Terbaik Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, Pegawai Waran 2 Mardini bin Haji Kassim, Pengajar Terbaik Keseluruhan dari Cawangan Perkembangan Lain-lain Peringkat, Sarjan Mohammad Sarifuddin bin Abdul Isnan, Pegawai Tidak Bertauliah Kanan Terbaik dari Markas SI, Koperal Mohd Yamin bin Haji Yakob, Pegawai Tidak Bertauliah Rendah Terbaik dari Cawangan Latihan Isyarat, Harungan binti Bungso sebagai kakitangan Awam Terbaik dan akhir sekali, anugerah khas diberikan kepada Pegawai Waran 1 (Bersara) Birosleh bin Abi dan Pegawai Waran 1 Md Junei bin Haji Mohd Tahir.

 

Sejurus selepas penyampaian anugerah, tetamu kehormat dijemput bagi menyampaikan kata-kata aluan di mana beliau menekankan tentang kepentingan pembelajaran, disamping memperingati kemajuan SI TDDB sejak penubuhannya dan bagaimana sekolah itu telah berkembang selama bertahun-tahun sehingga menjadi sebuah sekolah infantri yang berkaliber tinggi bagi semua anggota infantri. Beliau juga meluahkan harapan agar SI TDDB terus melahirkan anggota yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran untuk penambahbaikan organisasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis diakhiri dengan Doa Penutup, diikuti dengan bergambar ramai di Padang Kawad SI TDDB.