Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PERSONNEL

‚Äč

LUMUT CAMP, Monday, 04 July, 2022 - The promotion ceremony for the Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) of Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) personnel took place today at two separate venues. The promotion ceremony for SNCOs 3Bn RBLF was held at the Warrant Officers, Staff Sargeants and Sargeants' Mess 3Bn RBLF whereas the promotion ceremony for JNCOs was held at the Dining Hall 3Bn RBLF.

Present as the Guest of Honour for the presentation of ranks was Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer of the 3Bn RBLF. Also present at the ceremony were Officers and personnel of 3Bn RBLF. A total of six personnel were promoted to Senior Ranks, four personnel was promoted to Substantive Sergeant and two personnel to the rank of Acting Sergeant. Meanwhile, a total of 46 personnel were promoted for JNCOs, six personnel were promoted to Substantive Corporal, two personnel were promoted to Acting Corporal, 32 personnel were promoted to Substantive Lance Corporal and six personnel were promoted to Acting Lance Corporal.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the rank presentation and the recital of Doa Selamat. The ceremony concluded with a photo session.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH BAGI BATALION KEIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin, 04 Julai 2022 - Majlis Penyampaian Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan di dua tempat berasingan. Majlis Penyampaian Pangkat bagi PTB-PTB Kanan telah diadakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan 3Bn TDDB manakala, Majlis Penyampaian Pangkat bagi PTB-PTB Rendah telah diadakan di Dewan Makan 3Bn TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat ialah oleh Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai, anggota-anggota 3Bn TDDB. Sejumlah keseluruhan yang dinaikkan pangkat bagi PTB-PTB Kanan adalah seramai enam anggota, terdiri dari empat anggota ke pangkat Sarjan Tetap dan dua anggota ke pangkat Pemangku Sarjan. Manakala, bagi PTB-PTB Rendah seramai 46 anggota dinaikkan pangkat iaitu enam anggota ke pangkat Koperal Tetap, dua anggota ke pangkat Pemangku Koperal, 32 anggota menerima Las Koperal Tetap dan enam anggota ke pangkat Pemangku Las Koperal.   

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan penyampaian pangkat dan bacaan Doa Selamat. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai.