Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER RBLF RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM NEW ZEALAND ARMY DEFENCE ADVISER TO BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARRISON, Tuesday, 21 June 2022 – Brigadier General Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) received an introductory call this morning at the RBLF Headquarters from Colonel Peter Hall, the Non-Resident New Zealand Defence Adviser accredited to Brunei Darussalam who is based in Malaysia.

During the call, Commander RBLF welcomed and congratulated Colonel Peter Hall on his appointment as the New Zealand Defence Adviser accredited to Brunei Darussalam as of 16 February 2021. The Commander also extended his appreciation on the growing bilateral relations between Brunei Darussalam and New Zealand especially in the field of defence. The Commander and Colonel Peter Hall discussed about exploring more areas of military cooperation as well as military interactions such as courses and bilateral training between RBLF and the New Zealand Army. Colonel Colonel Peter Hall will be in Brunei Darussalam from 21 June 2022 to 23 June 2022.


PEMERINTAH TDDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN NEW ZEALAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Selasa, 21 Jun 2022 – Brigedier Jeneral Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan pengenalan pada pagi ini bertempat di  Markas TDDB daripada Kolonel Peter Hall, Penasihat Pertahanan New Zealand di Malaysia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah TDDB mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Kolonel Peter Hall di atas pelantikannya sebagai Atase Pertahanan New Zealand ke Negara Brunei Darussalam sejak 16 Februari 2021. Beliau juga merakamkan penghargaan terhadap hubungan dua hala yang semakin meningkat antara Negara Brunei Darussalam dan New Zealand khususnya dalam bidang pertahanan. Pemerintah TDDB dan Kolonel Peter Hall turut membincangkan tentang inisiatif bagi menambah banyak lagi bidang kerjasama dan interaksi ketenteraan seperti kursus dan latihan dua hala antara TDDB dan Tentera New Zealand. Kolonel Peter Hall akan berada di Negara Brunei Darussalam dari 21 Jun 2022 hingga 23 Jun 2022.