Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
​DEPUTY COMMANDER ROYAL BRUNEI LAND FORCE ATTENDS EUROSATORY 2022


PARIS, Friday, 17 June 2022 – Royal Brunei Land Force (RBLF) led by Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF attended Eurosatory 2022 in Parc de Exposition, Paris Nord Villepinte, Paris, the Republic of France between 13 June 2022 to 17 June 2022.

The exhibition was inaugurated by His Excellency Emmanuel Macron, President of the French Republic whereby in his speech, His Excellency highlighted the need for a strong cohesion between European countries in tackling common security challenges which can be achieved through continuous development and collaboration within the defence industry in Europe. The exhibition continued with several conferences and presentations by companies involved in the exhibition with regards to several topics on security, military, current geopolitical situation and the latest in military capability and technology.

During Eurosatory 2022, the Deputy Commander of RBLF had the opportunity for a courtesy call to Brigadier General Geoffroy de Larouziere from International Relations of French Army. During the call, both parties discussed diplomatic relations between Brunei and the Republic of France through several collaborations and bilateral exchanges between the two armies.

Eurosatory is an exhibition on military capabilities and technologies which sees involvement from several companies within the defence industry on a global scale. It was an opportunity for RBLF to learn more about the current technologies employed by militaries around the world as well as expand its horizons on the military systems used today.


TIMBALAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HADIRI EUROSATORY 2022

PARIS, Jumaat, 17 Jun 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) diketuai oleh Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB telah menghadiri pameran Eurosatory 2022 bertempat di Parc des Expositions, Paris Nord Villepinte, Paris, Republik Perancis yang berlangsung pada 13 Jun 2022 hingga 17 Jun 2022.

Pameran tersebut dirasmikan oleh Presiden Perancis, Tuan Yang Terutama Emmanuel Macron dimana dalam ucapan beliau menyentuh mengenai kepentingan kesefahaman antara negara-negara Eropah untuk bersama mengatasi cabaran sekuriti bersama dan ini dapat dicapai melalui kolaborasi dan pembinaan industri pertahanan di Eropah. Pameran Eurosatory kemudian diteruskan dengan pelbagai persidangan dan pembentangan oleh syarikat-syarikat terlibat mengenai pelbagai tajuk sekuriti, ketenteraan, keadaan semasa geopolitik serta keupayaan dan teknologi tentera terkini.

Sewaktu Eurosatory 2022, Timbalan Pemerintah TDDB berpeluang untuk membuat kunjungan hormat dengan Brigedier Jeneral Geoffroy de Larouziere daripada International Relations of French Army. Semasa kunjungan tersebut kedua-dua pihak membincangkan hubungan diplomatik antara Brunei dengan Republik Perancis melalui pelbagai kolaborasi dan pertukaran dua hala antara kedua-dua tentera darat.

Eurosatory merupakan pameran keupayaan dan teknologi tentera yang melibatkan pelbagai syarikat industri pertahanan dari seluruh dunia. Pameran tersebut merupakan peluang pendedahan terhadap TDDB kepada beberapa jenis keupayaan tentera semasa dan juga meluaskan pandangan mengenai sistem-sistem ketenteraan terkini.