Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
CLOSING CEREMONY OF THE BATTALION SKILLS AT ARMS MEET OF THE THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

PENANJONG GARRISON, Friday, 20 May 2022 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) closed the Battalion Skills At Arms Meet (BNSAAM) which was held from 16 to 20 May 2022 at the Binturan Firing Range, Penanjong Garrison. A total of 80 shooters took part in four categories which are the Rifle, Carbine, GPMG and Pistol category. 


The BNSAAM was officiated by Major Daud bin Etim, Second-In-Command 3Bn RBLF on 13 May 2022 at the 3Bn RBLF Parade Square, the closing ceremony held at Gallery 1, Binturan Shooting Range Complex, Penanjong Garrison. Present as the guest of honour at the closing ceremony was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer 3Bn RBLF. Also present were officers from School of Infantry RBLF and 3Bn RBLF.

The closing ceremony began with a post-competition brief by Lieutenant Muhammad Safwan bin Sufian, Assault Pioneers Platoon Officer 3Bn RBLF, followed by a prize presentation to the individual and group winners from each category. The guest of honour then proceeded to the Pistol Novelty Shoot match, and subsequently delivered his speech to officially close BNSAAM.

'C' Company 3Bn RBLF stood out as the winner for the Pistol, Rifle and GPMG Team categories, whereas the 'B' Company 3Bn RBLF became the winner for Carbine Team category. The overall champion for the 3Bn RBLF BNSAAM went to 'C' Company 3Bn RBLF. 

The aim and objective of the meet was to select potential shooters who will represent 3Bn RBLF for the Land Force Skills At Arms Meet (LFSAAM) which be held in August 2022. In addition, SAAM aimed at improving individual weaponry handling and obviously to hone shooting skills. Overall, the meet hopes to enhance the level of teamwork and cooperation, hence encouraging a healthy competitive spirit among units from 3Bn RBLF. The event ended with the recitation of Doa Kesyukuran.



MAJLIS PENUTUP PERLAWANAN MENEMBAK BATTALION SKILLS AT ARMS MEET BAGI BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI


PENANJONG GARISON, Juma'at, 20 Mei 2022 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengakhiri Perlawanan Battalion Skills At Arms Meet (BNSAAM) yang diadakan bermula 16 hingga 20 Mei 2022 bertempat di Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison. Seramai 80 penembak telah ikut serta bertanding dalam 4 kategori perlawanan iaitu RifleCarbineGPMG dan Pistol.

BNSAAM telah dirasmikan oleh Mejar Daud bin Etim, Timbalan Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB pada 13 Mei 2022 di Padang Kawad 3Bn TDDB dan Majlis Penutup BNSAAM telah dilaksanakan di Galeri 1, Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis penutup tersebut ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir semasa perlawanan ialah pegawai-pegawai dari Sekolah Infantri TDDB dan 3Bn TDDB.

Majlis penutup dimulakan dengan penyampaian rumusan perlawanan oleh Leftenan Muhammad Safwan bin Sufian, Pegawai Platun Rintis Serang 3Bn TDDB diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang individu dan berkumpulan bagi setiap perlawanan yang dipertandingkan. Seterusnya, tetamu kehormat dijemput bagi perlawanan Pistol Novelty Shoot dan menyampaikan ucapan bagi merasmikan penutupan perlawanan BNSAAM.

Keputusan perlawanan menobatkan Kompeni 'C' 3Bn TDDB sebagai juara bagi kategori Pistol, Rifle dan GPMG. Manakala, Kompeni 'B' 3Bn TDDB telah menjadi johan bagi kategori Carbine. Juara keseluruhan perlawanan dan sekaligus membawa pulang piala pusingan diraih oleh Kompeni 'C' 3Bn TDDB.

Antara matlamat dan objektif perlawanan BNSAAM ialah bagi memilih penembak-penembak yang berpotensi untuk mewakili 3Bn TDDB dalam perlawanan Land Force Skills At Arms Meet (LFSAAM) yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Ogos 2022. Di samping itu, ia juga dihasratkan untuk meningkatkan tatacara pengendalian senjata perseorangan dan kemahiran menembak masing-masing serta mengukuhkan lagi semangat kerjasama berpasukan dan menggalakkan persaingan sihat di kalangan unit - unit 3Bn TDDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.