Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
KHATAM AL-QURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE ANNIVERSARY OF LAND ENGINEERING COMBAT SERVICE SUPPORT ROYAL BRUNEI LAND FORCE FOR THE YEAR 2022
BERAKAS GARRISON, Friday, 20 May 2022 – Land Engineering Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) held a Khatam Al-Quran Ceremony in conjunction with the Anniversary of Land Engineering CSS RBLF for the year 2022 held at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison. Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Commanding Officer Land Engineering CSS RBLF. Also present during the event were officers and personnel of Land Engineering CSS, RBLF.

The event commenced with a recitation of Surah Al-Fatihah and followed by the recital of Surah Ad-Dhuha until Surah An-Nas led by Imam of Surau Al-Faizun. The event continued with the recital of Takhtim, Dikir Marhaban, Doa Khatam and Tahlil, mass Selawat and concluded with the Closing Doa.

This event is one of the activities that aims to enliven the anniversary of Land Engineering CSS RBLF for the year 2022 and instill the spirit of reading and appreciating Al-Quran amongst the personnel of Land Engineering CSS RBLF.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KEJURUTERAAN DARAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT,
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2022

BERAKAS GARISON, Juma’at, 20 Mei 2022 - Kejuruteraan Darat Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat KBK TDDB bagi tahun 2022 bertempat di Surau Al-Faizun, Berakas Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kejuruteraan Darat KBK TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas yang diketuai oleh Imam Surau Al-Faizun. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Takhtim, Dikir Marhaban, Doa Khatam dan Tahlil, selawat beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.

Majlis tersebut adalah merupakan salah satu aktiviti untuk menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Kejuruteraan Darat KBK TDDB bagi tahun 2022, di samping menyemai semangat cintakan membaca dan menghayati Al-Quran di kalangan anggota Kejuruteraan Darat KBK TDDB.