Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE HOSTS LUNCHEON FOR THE SECRETARY OF NATIONAL DEFENSE OF THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES

BANGAR CAMP, Wednesday, 18 May 2022 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) hosted a luncheon as part of The Honourable Delfin Negrillo Lorenzana, Secretary of National Defense of the Republic of the Philippines official visit to Brunei Darussalam. Also present were Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and RBLF Senior Officers.

Upon arrival, The Honourable Delfin Negrillo Lorenzana was received by Colonel Azman bin Haji Bangkol, Acting Commander of RBLF. The Honourable Delfin Negrillo Lorenzana was invited to a tree planting to commemorate his presence at Bangar Camp, followed by a photo session and the signing of parchment. The delegation was then served with a luncheon at the Officers' Mess, Bangar Camp.

At the end of the lunch, The Honourable Delfin Negrillo Lorenzana received momentos presented by the Commander of RBAF and the Acting Commander of RBLF. The Honourable Delfin Negrillo Lorenzana was then continued his visit itineraries to a journey through the Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Bridge.




TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGHOSKAN MAJLIS MAKAN TENGAH HARI BAGI SETIAUSAHA PERTAHANAN NEGARA REPUBLIK FILIPINA

PERKHEMAHAN BANGAR, Rabu, 18 Mei 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghoskan Majlis Makan Tengahari sebagai sebahagian daripada program lawatan rasmi Yang Berhormat Delfin Negrillo Lorenzana, Setiausaha Pertahanan Negara Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pegawai-pegawai Kanan TDDB.

Sejurus ketibaan, Yang Berhormat Delfin Negrillo Lorenzana disambut oleh Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Pemangku Pemerintah TDDB. Yang Berhormat Delfin Negrillo Lorenzana dijemput untuk penanaman pokok sempena kunjungan beliau ke Perkhemahan Bangar, diikuti dengan sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan. Rombongan yang hadir seterusnya diundang bagi makan tengahari bertempat di Mes Pegawai Perkhemahan Bangar.

Yang Berhormat Delfin Negrillo Lorenzana telah menerima cenderahati daripada Pemerintah ABDB dan Pemangku Pemerintah TDDB selepas makan tengahari berakhir. Beliau meneruskan jadual lawatan dengan melalui Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.