Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
JOINT FORCE COMMANDER ROYAL BRUNEI ARMED FORCES MADE A WORKING VISIT TO SUNGAI TUJOH

SUNGAI TUJOH, Friday, 13 May 2022 – Brigadier General (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander Royal Brunei Armed Forces (JFC RBAF) made a working visit to Sungai Tujoh today. Also present were Chief of Staff of Royal Brunei Land Force (RBLF), Chief of Staff of the Joint Force Headquarters (JFHQ), senior officers, officers and personnel of Third Battalion (3Bn RBLF).

Upon arrival, JFC RBAF was welcomed by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of 3Bn RBLF. The visit commenced with an operational brief on the operation at Sungai Tujoh delivered by Captain Muhammad Suhrawadi @ Nuruzaman bin Haji Suhadi, Second-In-Command of C Company 3Bn RBLF. As part of the visit, the delegation also had a closer look at other strategic locations within the vicinity. The working visit concluded with the signing of parchment and light refreshments at Lumut Camp.

RBLF will continue to safeguard and operate within Sungai Tujoh and Rasau to curb the spread of the COVID -19 and to combat the increasing transnational crime within the area.



PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MEMBUAT LAWATAN KERJA KE SUNGAI TUJOH

SUNGAI TUJOH, Juma'at, 13 Mei 2022 – Brigedier Jeneral (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) pada hari ini telah membuat lawatan kerja ke Sungai Tujoh. Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ABDB, pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB).

Sejurus ketibaan, Pemerintah AB ABDB telah disambut oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Lawatan dimulakan dengan taklimat operasi di Sungai Tujoh yang disampaikan oleh Kapten Muhammad Suhrawadi @ Nuruzaman bin Haji Suhadi, Timbalan Pegawai Memerintah Kompeni C 3Bn TDDB. Melalui lawatan berkenaan, delegasi juga membuat lawatan ke lokasi-lokasi strategik di sekitar kawasan operasi dan lawatan berakhir dengn penandatanganan lembaran kenangan dan jamuan di Perkhemahan Lumut.

TDDB akan terus beroperasi dan menjaga keamanan serta kesejahteraan di Sungai Tujoh dan Rasau untuk membendung penularan wabak COVID -19 sekaligus bagi menentang jenayah transnasional yang semakin meningkat di kawasan tersebut.