Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS UKHWAH PERWIRA CEREMONY AND HANDING OVER OF DONATION TO PRIVATE ZULHASMI BIN AWG HASHIM IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE DIAMOND JUBILEE ANNIVERSARY

KAMPONG LUGU, Friday,21 January 2022 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) Diamond Jubilee Anniversary, the RBLF conducted an Ukhwah Perwira Ceremony and handing over of donation to Private Zulhasmi bin Awg Hashim, personnel from Second Battalion RBLF which took place at his residence, STKRJ Kampong Lugu.The donations were raised from the RBLF Welfare Fund.

Present at the ceremony was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of RBLF. Also present were Commanding Officer of Second Battalion RBLF, Deputy Commanding Officer of First Battalion RBLF, Officers and Land Force Sergeant Major.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamatfollowed by the handing over of an electric wheelchair by the commander of RBLF. The event was held in accordance with the guidelines set by the Ministry of Health.

UkhwahPerwira is a charitable activity to show concern for the personnel who are currently having prolonged illness and as RBLF's steadfast commitment to the welfare of its personnel in need.

MAJLIS UKHWAH PERWIRA DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA SOLDADU ZULHASMI BIN AWG HASHIM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

KAMPONG LUGU, Jumaat, 21 Januari 2022 – Sempena Sambutan Jubli Intan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), TDDB pada hari ini telah mengadakan Majlis Ukhwah Perwira dan penyerahan sumbangankepada Soldadu Zulhasmi bin Awg Hashim, anggota Batalion Kedua TDDB bertempat di kediaman beliau, STKRJ Kampong Lugu. Sumbangan yang dikumpulkan adalah hasil daripada kutipan Tabung Kebajikan TDDB.

Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Pertama TDDB, Pegawai-pegawai dan Sarjan Mejar TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan penyerahan sumbangan kerusi roda elektrik yang telah disampaikan oleh Pemerintah TDDB. Majlis tersebut telah dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Majlis Ukhwah Perwira merupakan salah satu acara kebajikan bagi menunjukkan keprihatinan terhadap anggota yang sedang sakit berpanjangan dan juga sebagai sebahagian daripada komitmen TDDB terhadap kebajikan anggota yang memerlukan.