Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE OFFICERS ATTENDS THE COMMAND AND STAFF COURSE (CSC) 12/2022


TANAH JAMBU, Thursday, 20 January 2022 – The opening ceremony of the Command and Staff Course (CSC) 12/2022 took place today at the Auditorium, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Tanah Jambu. 

Present to officiate the opening ceremony was the Guest of Honour, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF. Also present at the ceremony were Dato Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Permanent Secretary (Security, Enforcement and Law), Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD), RBAF Service Commanders, Deputy Commissioner of Police, Senior Officers as well as the Defence Advisers and Defence Attachés to Brunei Darussalam.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Ali Imran (Verses 190-195) led by Major Pg Muhd Khairuddin bin Pg Hj Mohd Tali, followed by the opening remarks of the guest of honour and flag unfurling ceremony. The flag unfurling symbolises the excellent cooperation between countries taking part in the course and emphasised the importance for Staff College students to forge strong friendships throughout their learning journey.

A total of 43 officers including 11 Royal Brunei Land Force (RBLF) officers are currently attending the course this year. The course is also attended by 14 officers from other units of RBAF, one officer from the Royal Brunei Police Force, one officer from the Ministry of Defence, one officer from the Internal Security Department and 15 international military officers from 12 countries: Australia, Bangladesh, Republic of India, Republic of Indonesia, Malaysia, New Zealand, Sultanate of Oman, the Islamic Republic of Pakistan, the Republic of the Philippines, the Kingdom of Saudi Arabia, Republic of Singapore and the United Kingdom.

The Command and Staff Course 12/2022 is a 40-week course delivered in partnership with UBD for the fourth year as its primary academic provider. It aims to expand the professional and academic knowledge towards a contemporary strategic environment and its implications on their works being the defence and security specialists. 

By the end of the course, successful course participants will be awarded the UBD Graduate Diploma in Defence and Security Studies with an opportunity to pursue their Master's degree in Defence and Security Studies.

 

PEGAWAI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HADIRI KURSUS MAKTAB TURUS SESI KE 12/2022

TANAH JAMBU, Khamis, 20 Januari 2022 – Majlis pembukaan bagi Kursus Maktab Turus Sesi ke 12/2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Tanah Jambu.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang), Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera ABDB, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pegawai-pegawai Kanan serta Penasihat/Atase Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Ali-Imran (Ayat 190-195) diketuai oleh Mejar Pg Muhd Khairuddin bin Pg Hj Mohd Tali. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada tetamu kehormat dan acara flag unfurling. Acara flag unflurling melambangkan kerjasama yang rapat di antara negara-negara yang mengikuti kursus ini, dan menekankan kepentingan meningkatkan persahabatan yang erat di antara peserta-peserta kursus Maktab Turus di sepanjang kursus ini dijalankan nanti. 

Seramai 43 orang pegawai termasuk 11 orang pegawai daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menghadiri kursus tersebut pada tahun ini. Kursus tersebut juga dihadiri oleh 14 orang pegawai dari unit-unit lain ABDB, seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), seorang pegawai daripada Kementerian Pertahanan, seorang pegawai dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (KDN) dan juga 15 orang pegawai antarabangsa daripada 12 buah negara; Australia, Republik Rakyat Bangladesh, Republik India, Republik Indonesia, Malaysia, New Zealand, Kesultanan Oman, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Arab Saudi, Republik Singapura dan United Kingdom. 

Kursus Maktab Turus Sesi 12/2022 merupakan kursus selama 40 minggu yang dikendalikan dengan kerjasama UBD bagi tahun ke-empat sebagai pembekal akademik. Ianya bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik ke arah persekitaran strategik kontemporari dan kesannya terhadap tugasan mereka sebagai pakar di bidang pertahanan dan keselamatan.

Di penghujung kursus ini, peserta-peserta kursus yang berjaya akan dianugerahkan Graduate Diploma in Defence and Security Studies daripada pihak UBD dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master of Defence and Security Studies