Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONIES FOR SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS AND JUNIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS OF FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE


BERAKAS GARRISON, Monday, 10 January 2022 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held the promotion ceremonies for 02 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and 07 Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs).  Present as the Guest of Honour for the two separate events was Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Commanding Officer of 1Bn RBLF. Also present at the ceremony were Officers, SNCOs and JNCOs of 1Bn RBLF.

The promotion ceremony for SNCOs was held at the Warrant Officer, Staff Sergeant & Sergeants' Mess, Berakas Garrison. Meanwhile, the promotion ceremony for JNCOs took place at the 1Bn RBLF Cook House, Berakas Garrison.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of ranks by the Guest of Honour. The ceremony concluded with the recital of Doa Selamat and a group photo session.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN DAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH RENDAH BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Isnin, 10 Januari 2022 - Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 02 Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan 07 Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah). Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian pangkat pada dua majlis berasingan tersebut ialah Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai, PTB Kanan dan PTB Rendah 1Bn TDDB.

Majlis kenaikan pangkat telah diadakan pada dua tempat berasingan iaitu di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan, Berakas Garison bagi kenaikan pangkat PTB Kanan. Manakala bagi kenaikan pangkat PTB Rendah bertempat di Dewan Makan 1Bn TDDB, Berakas Garison.

Kedua – dua majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.