Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
APPRECIATION EVENT FOR THE FORMER LAND FORCE SERGEANT MAJOR


BERAKAS GARRISON, Monday, 10 January 2022 – An appreciation event was held today at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Golf Club, Berakas Garrison to commemorate the service of the former Land Force Sergeant Major, Warrant Officer One (Retired) Selamat bin Haji Md Yassin who has served in the RBAF for 30 years. The event was held in accordance with the guidelines set by the Ministry of Health. 

Present as the Guest of Honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present at the ceremony were Deputy Commander of RBLF, Chief of Staff RBLF, Senior Officers, Officers and personnel from the RBLF Headquarters.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a speech from the Guest of Honour and presentation of a token of appreciation to the former Land Force Sergeant Major. The ceremony ended with the recital of Doa Selamat and the signing of parchment.

This event serves as a token of remembrance, appreciation and to commemorate the services rendered by the former Land Force Sergeant Major during his service in the RBAF and RBLF.


MAJLIS JASA MU DI KENANG MANTAN
SARJAN MEJAR TENTERA DARAT

BERAKAS GARISON, Isnin, 10 Januari 2022 – Majlis Jasa Mu Dikenang bagi mantan Sarjan Mejar Tentera Darat, Pegawai Waran Satu (Bersara) Selamat bin Haji Md Yassin telah dilaksanakan hari ini bertempat di Kelab Golf Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Berakas Garison. Beliau telah berkhidmat di dalam ABDB selama 30 tahun. Majlis tersebut dilaksanakan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota Markas TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat serta penyampaian cenderahati kepada mantan Sarjan Mejar Tentera Darat. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan penandatanganan lembaran kenangan.

Tujuan majlis ini diadakan ialah sebagai tanda ingatan di samping menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas jasa bakti yang telah dicurahkan di sepanjang perkhidmatan mantan Sarjan Mejar Tentera Darat sama ada di dalam ABDB mahu pun TDDB.