Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THE 10TH ASEAN DEFENSE MINISTERS' MEETING - PLUS EXPERTS' WORKING GROUP ON HUMANITARIAN MINE ACTION MEETING (10TH ADMM-PLUS EWG ON HMA)


BERAKAS GARRISON, Tuesday, 14 September 2021 –  The 10th ASEAN Defense Ministers' Meeting - Plus Experts' Working Group on Humanitarian Mine Action meeting (10th ADMM-Plus EWG on HMA) was held today via video conference link at the Army Engineering University of PLA, The People's Republic of China. 

The meeting was co-chaired by the Ministry of National Defence of the Kingdom of Cambodia and the Ministry of National Defense of the People's Republic of China. It was attended by representatives and experts from 18 members of ADMM-Plus, the ASEAN Secretariat, the ASEAN Regional Mine Action Center (ARMAC), and the International Committee of the Red Cross (ICRC). 

Representing the Ministry of Defence, Brunei Darussalam via video conference at the Royal Brunei Land Force Headquarter (RBLF HQ), Berakas Garrison was Lt.Col Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Acting Chief of Staff RBLF, as the Head of Delegation. Other delegations in attendance via video conference were Nur Syaza Adibah binti Ahmad Nawi, Research Officer, Directorate of Defence Policy, Ministry of Defence, and Commander Mohd Faizal Ezam bin Haji Abas RBN, Defence Attache of Brunei Darussalam to the People's Republic of China.

The meeting began with the opening speech by both Co-Chairs of the 10th ADMM-Plus EWG on HMA Meeting, before proceeding with the discussion sessions where experts discuss and exchanges insight on related agenda's pertaining to the challenges and opportunities faced by mine clearance and the disposal operations of explosive remnants of war under the new norm. The expert representatives also discuss and shared their views on building consensus and laying a foundation for the establishment of a multilateral working mechanism to enhance communication and international cooperation mode in mine action among Defence Forces of the ADMM Plus countries. 

The meeting of the Humanitarian Mine Action Expert's Working Group is one of seven areas being carried out under the framework of ADMM Plus. The meeting is designed to promote the building of a multilateral mine action mechanism of greater depth and breadth in the Asia-Pacific region.  Under the three-year work plan (2021-2023) of the EWG, a Joint HMA Field Training Exercise (FTX) is forecast to be conducted in September 2023 in the People's Republic of China.


MESYUARAT KALI KE-10 MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN-PLUS KUMPULAN KERJA PAKAR  BAGI HUMANITARIAN MINE ACTION

BERAKAS GARISON, Selasa, 14 September 2021 –  Mesyuarat Kali ke-10 Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus bagi Kumpulan Kerja Pakar Humanitarian Mine Action (10th ADMM Plus EWG HMA) telah diadakan pada hari ini secara atas talian bertempat di Army Engineering University of PLA, Republik Rakyat China.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Kementerian Pertahanan Nasional, Kemboja dan Kementerian Pertahanan Nasional, Republik Rakyat China, dan telah dihadiri oleh perwakilan pakar daripada 18 buah Negara ADMM Plus. Turut menghadiri Mesyuarat tersebut juga adalah perwakilan daripada Sekretariat ASEAN,  dan perwakilan daripada pertubuhan-pertubuhan seperti ASEAN Regional Mine Action Center (ARMAC) dan International Committee of the Red Cross (ICRC).

Mewakili Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di mesyuarat tersebut secara atas talian ialah Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pemangku Ketua Staf, TDDB selaku Ketua Delegasi. Antara delegasi lain yang turut serta mengikuti mesyuarat tersebut ialah Nur Syaza Adibah binti Ahmad Nawi, Pegawai Penyelidik, Jabatanarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan dan Komander Mohd Faizal Ezam bin Haji Abas TLDB, Atase Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China. 

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan perasmian oleh kedua-dua Pengerusi Bersama Mesyuarat 10th ADMM Plus EWG HMA, sebelum diikuti dengan sesi perbincangan dan pertukaran pendapat oleh perwakilan pakar-pakar mengenai agenda yang berkaitan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam operasi mengesan dan pembersihan periuk api semasa pandemik COVID 19. Selain itu, perwakilan pakar ADMM Plus juga turut membincangkan dan berkongsi pandangan mengenai hala-tuju bagi pembentukan mekanisme pelbagai hala dalam meningkatkan lagi perhubungan komunikasi dan kerjasama dalam tindakan terhadap isu-isu mengenai ancaman periuk api di kalangan Negara-negara ADMM Plus.

Mesyuarat ADMM Plus EWG HMA adalah merupakan salah satu daripada tujuh kumpulan kerja pakar yang ditubuhkan di bawah rangka kerja ADMM Plus. Mesyuarat kumpulan kerja ini ditubuhkan dengan tujuan bagi mempromosikan pembangunan mekanisme dengan lebih mendalam  secara pelbagai hala  dalam menangani isu-isu terhadap kesan dan pembersihan periuk api dan bahan-bahan letupan peninggalan perang di rantau Asia Pasifik ini. Di bawah rancangan kerja ADMM Plus EWG HMA bagi tempoh 3 tahun ke hadapan (2021-2023), Latihan Pelbagai Hala atau Field Training Exercise (FTX) dirancang untuk dilaksanakan pada bulan September 2023 bertempat di Republik Rakyat China.