Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER OF RBAF AND JOINT FORCE COMMANDER RBAF VISITS ROYAL BRUNEI LAND FORCE FOR HIKMAT BERSATU VI EXERCISE

BERAKAS GARRISON, Friday, 30 July 2021 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah Bin Haji Sahat, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Joint Force Commander RBAF paid a visit to Royal Brunei Land Force (RBLF) in conjunction with Hikmat Bersatu IV Exercise in two separate visits. A total of 2,385 RBLF personnel is currently participating in the exercise.

Upon arrival, the Commander of RBAF was welcomed by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. The delegation proceeded to the Land Operation Centre (LOC) for the operational brief. The visit concluded with the signing of parchment and group photo session. Also present during the visit were Chief of Staff RBAF, Deputy Commander RBLF, Exercise Director and other Senior Officers from RBAF and RBLF. The Commander of RBAF then proceeded to visit Combat Service Support RBLF Headquarters as part of his visit.

On a separate visit, the Joint Force Commander and his delegation also had the opportunity to visit LOC and listened to the operational brief before continuing his visit to Combat Service Support RBLF Headquarters.  

The exercise, currently being carried out from 26 July to 31 July 2021, involves all units of the RBAF, namely RBLF, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, Joint Force Headquarters and Special Force Regiment. The exercise is also participated by the Royal Brunei Police Force, the Gurkha Reserve Unit, Second Battalion of the Royal Gurkha Rifles, British Forces Brunei and District Offices which will affect several areas within Brunei Darussalam's territorial waters as well as rural, residential and commercial areas in all four districts.





PEMERINTAH ABDB DAN PEMERINTAH MARKAS ANGKATAN BERSAMA ABDB ADAKAN LAWATAN KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI EKSESAIS HIKMAT BERSATU VI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 Julai 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB telah mengadakan lawatan ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dalam dua lawatan yang berasingan sempena Eksesais Hikmat Bersatu VI. Seramai 2,385 anggota TDDB yang ikut serta dalam eksesais ini.

Sejurus ketibaan, Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB disambut oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Rombongan dibawa ke Pusat Gerakan Darat (PGD) untuk mendengar taklimat operasi. Lawatan diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan dan bergambar ramai. Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Ketua Staf ABDB, Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Pengendali Eksesais serta Pegawai-pegawai Kanan ABDB dan TDDB. Pemerintah ABDB juga meneruskan lawatan ke Markas Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB) sebagai sebahagian daripada lawatannya.

Dalam lawatan berasingan, Pemerintah AB ABDB dan rombongan juga berkesempatan untuk mengunjungi PGD dan mendengar taklimat operasi sebelum menyambung lawatan beliau ke KBK TDDB.

Eksesais Hikmat Bersatu VI telah bermula pada 26 Julai 2021 dan berakhir pada 31 Julai 2021 yang melibatkan semua unit Angkatan Tentera, iaitu TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama ABDB dan Rejimen Pasukan Khas ABDB. Eksesais ini juga melibatkan Pasukan Polis Diraja Brunei, Pasukan Simpanan Gurkha, Batalion Kedua Royal Gurkha Rifles, British Forces Brunei dan Pejabat-Pejabat Daerah yang melibatkan kawasan perairan Negara Brunei Darussalam serta beberapa kawasan pedalaman, perumahan dan komersial di semua daerah.