Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE ORGANISED HARI RAYA AIDILADHA KORBAN CEREMONY 1442 HIJRAH


BERAKAS GARRISON, Friday, 23 July 2021 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) organised Hari Raya Aidiladha Korban ceremony at Surau Al-Fai'zun, Berakas Garrison.

Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present were Deputy Commander of RBLF, Senior Officers, Commanding Officer 1Bn RBLF, Officers Commanding, Officers and personnel of 1Bn RBLF, Head of Village of Kampong Lambak Kanan and Kampong Lambak Kiri as well as Asnaf Fakir Miskin group.

The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah and Hari Raya Takbir lead by ialah Lance Corporal Awang Muhammad Zulilmi Bin Awang Haji Julahia, Imam of Surau Al-Fai'zun.

This year, a total of eight buffaloes and two goats were sacrificed by Officers and personnel from RBLF Headquarters, 1Bn RBLF, Combat Service Support RBLF (CSS RBLF), Dental Services RBLF and Unit Tugas Pengawal Diraja (UTPD). It was distributed equally to 50 people from Asnaf Fakir group as well as to the respective Officers and personnel who participated in the Korban.





BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 

BERAKAS GARISON, Jumaat, 23 Julai 2021 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun 1442 Hijrah bertempat di Surau Al-Fai'zun, Berakas Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pemerintah TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Pegawai-pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota 1Bn TDDB, Ketua Kampong Lambak Kiri, Ketua Kampong Lambak Kanan serta golongan Asnaf Fakir Miskin.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Takbir Hari Raya yang diketuai oleh Lans Koperal Awang Muhammad Zulilmi Bin Awang Haji Julahia, Imam Surau Al-Fai'zun.

Pada tahun ini, sebanyak empat ekor kerbau dan dua ekor kambing telah dikorbankan oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Markas TDDB, 1Bn TDDB, Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB), Khidmat Pergigian TDDB dan Unit Tugas Pengawal Diraja (UTPD). Daging-daging korban tersebut kemudian dibahagikan dan diagih-agihkan kepada 50 orang dari golongan Asnaf Fakir Miskin dan kepada Pegawai-pegawai serta anggota-anggota yang telah ikut serta dalam ibadah korban pada tahun ini.