TUTONG CAMP, Thursday, 10 February 2022 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) made a farewell visit to the RBLF at Tutong Camp. The visit was conducted in accordance with the Ministry of Health's COVID-19 pandemic guidelines.
Upon arrival at Ar-Rizqi Cookhouse, Tutong Camp, the Commander of RBLF was received by Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Also in attendance during the ceremony were Chief of Staff RBLF, senior officers, officers, Land Force Sergeant Major and other RBLF personnel.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Lieutenant Sheikh Sahrul Azhar bin Sheikh Haji Ahmad, Religious Officer from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate (JAMA'AT) followed by a short video clip presentation to reminisce the Commander of RBLF's career in the Armed Forces.
The ceremony continued with a speech from the Deputy Commander of the RBLF where he highlighted the Commander of RBLF's extensive career and his contributions throughout his service. He also expressed his appreciation and gratitude to the Commander of RBLF for his efforts and initiatives that has led to the continued success and achievement of the RBLF in various aspects especially the development and acquisition of assets.
The ceremony then continued with the presentation of mementos to the Commander of RBLF from RBLF Officers and RBLF personnel as a token of appreciation and to commemorate his tenure as Commander of RBLF.
In his farewell speech, the Commander of RBLF expressed his appreciation for the continued support and collective efforts from all RBLF personnel throughout his 29 years of service in the RBAF, especially during his tenure as the Commander of the RBLF. He acknowledged the various achievements and level of commitments by all the RBLF units, especially in the publication of numerous books as well as the RBLF's involvement in activities and meetings both locally and abroad. The RBLF Commander also emphasised on the importance of maintaining discipline and J.A.T.I as the basis and guide for all personnel.
The ceremony then concluded with the signing of parchment and a group photo session within the compounds of Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp.


PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN KUNJUNGAN PERPISAHAN KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 04 Februari 2022 –Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat kunjungan perpisahan ke TDDB hari ini bertempat di Perkhemahan Tutong. Acara tersebut telah dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Sejurus ketibaan di Rumah Masak Dewan Ar-Rizqi, Perkhemahan Tutong, Pemerintah TDDB disambut oleh Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar TDDB serta anggota-anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Leftenan Sheikh Sahrul Azhar bin Sheikh Haji Ahmad, Pegawai Ugama daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT ABDB) dan diteruskan dengan tayangan video pendek yang mengenang kembali detik bersejarah kerjaya Pemerintah TDDB.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan Pemerintah TDDB di mana beliau mengimbas kembali sejarah kerjaya Pemerintah TDDB yang telah banyak menabur jasa dan bakti sepanjang perkhidmatan beliau. Timbalan Pemerintah TDDB juga mengucapkan rasa penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pemerintah TDDB atas segala usaha-usaha padu yang telah dilaksanakan sepanjang menjadi Pemerintah TDDB terutama dalam memastikan kejayaan dan pencapaian TDDB didalam semua aspek termasuk perkembangan dan keupayaan aset-aset.
Majlis tersebut disusuli dengan penyampaian cenderahati kenangan daripada Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sebagai Pemerintah TDDB.
Dalam ucapan perpisahan beliau, Pemerintah TDDB menzahirkan rasa penghargaan di atas sokongan dan usaha yang berterusan daripada semua lapisan anggota TDDB di sepanjang 29 tahun perkhidmatan beliau di dalam ABDB khasnya sepanjang beliau menjadi Pemerintah TDDB. Beliau menyatakan perasaan bangga terhadap pencapaian dan komitmen yang tinggi daripada unit-unit TDDB terutama sekali dalam penghasilan buku-buku serta penglibatan TDDB dalam aktiviti-aktiviti dan mesyuarat-mesyuarat bersama dalam dan luar negara. Selain daripada itu, Pemerintah TDDB mengingatkan akan kepentingan mempertahankan keamanan negara di samping menekankan kepentingan disiplin dan J.A.T.I sebagai asas dan panduan bagi semua anggota.
Majlis kemudian diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai di pekarangan Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong.