TUTONG, Thursday, 19th November 2026 – Dental Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), participated in the Community Outreach Programme (COP) 2026 organised by the Institute of Brunei Technical Education (IBTE) Agro-Technology Campus at Dewan Utama and Dewan Seri Kenangan, Tutong Community Hall Complex.

Sergeant Nurzaidah binti Awang Mahmud, a Dental Hygiene Therapist, represented Dental Services RBLF and conducted oral health screenings. The dental activities raised awareness of gum disease and tooth decay and highlighted proper toothbrushing techniques. Sergeant Nurzaidah was also part of IBTE’s first intake and received the Best Overall Student Award.

COP 2026 brought together Semester 3 students from the Applied Sciences Programme at the School of Agro-Technology and Applied Sciences and participating healthcare agencies. In addition to oral health screenings, the programme featured health exhibitions, basic health screenings and a blood donation campaign.

The programme gave IBTE students practical experience in community outreach and helped them understand the management, health and safety practices involved in delivering dental care to the public. It also promoted healthy lifestyles in support of the Ministry of Health’s vision, “Bersama Ke Arah Warga Sihat”, and encouraged students, healthcare agencies and the local community to share responsibility for oral health and build public confidence in safe, quality dental services.

KHIDMAT PERGIGIAN TDDB MENYERTAI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT IBTE 2026

TUTONG, Khamis, 19 November 2026 – Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menyertai Program Khidmat Masyarakat 2026 (Community Outreach Programme, COP) anjuran Kampus Agro-Teknologi, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), yang diadakan di Dewan Utama dan Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.

Sarjan Nurzaidah binti Awang Mahmud, seorang Dental Hygiene Therapist, mewakili Khidmat Pergigian TDDB dan menjalankan pemeriksaan kesihatan mulut. Aktiviti pergigian tersebut meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi dan kerosakan gigi serta menekankan teknik memberus gigi yang betul. Sarjan Nurzaidah juga merupakan bekas penuntut pengambilan pertama IBTE dan pernah menerima Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan.

COP 2026 melibatkan penuntut Semester 3 Program Sains Gunaan, Sekolah Agro-Teknologi dan Sains Gunaan serta agensi kesihatan yang mengambil bahagian. Selain pemeriksaan kesihatan mulut, program tersebut turut merangkumi pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan asas dan kempen derma darah.

Program ini memberi peluang kepada penuntut IBTE untuk terlibat secara langsung dalam kegiatan kemasyarakatan dan memahami amalan pengurusan, keselamatan dan kesihatan dalam penyampaian perkhidmatan pergigian kepada orang ramai. Program ini turut menggalakkan amalan gaya hidup sihat selaras dengan visi Kementerian Kesihatan, “Bersama Ke Arah Warga Sihat”, serta memupuk tanggungjawab bersama dalam kalangan penuntut, agensi kesihatan dan masyarakat setempat untuk menjaga kesihatan mulut dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan pergigian yang selamat dan berkualiti.