TANAH JAMBU, Thursday, 19th November 2026 – A total of 27 officers from the Royal Brunei Land Forces (RBLF) successfully completed the 14-week Intermediate Staff Course (ISC) 26/2026, held from 17th August to 20th November 2026 at the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampung Tanah Jambu. The course concluded with a closing event held today at DA RBAF.

The closing event was attended by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, RBAF Commander, who presented course completion certificates and awards of excellence to the participants. Also in attendance were the Deputy Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF), members of the RBAF Executive Committee, Military Directors, Defence Attachés and Advisers from participating countries, as well as Senior Officers from MINDEF and RBAF.

ISC 26/2026 involved 49 officers, comprising 41 RBAF officers, including 27 from RBLF, 1 RBPF officer and 7 international military officers from China, Cambodia, Indonesia, Malaysia, the Philippines, Thailand and Vietnam.

In his remarks, the RBAF Commander emphasised the importance of preparing officers to navigate an evolving security environment and contribute to the RBAF’s operational readiness. He highlighted the need for adaptability, professional competence and the ethical use of Artificial Intelligence (AI), while preserving critical thinking and sound judgement. He also encouraged participants to apply the knowledge and skills gained throughout the course, uphold professionalism and integrity, and contribute meaningfully to their respective organisations.

The event also featured the presentation of awards of excellence to outstanding participants. The Overall Best Student Award and Best Service Paper Award was presented to Captain Siti Syafiqah ‘Afifah binti Haji Ahmad Mahyuddin from the Ministry of Defence. Meanwhile, the Commander RBAF’s Paper Award was presented to Captain Nabilah Afifah binti Haji Said from RBLF.

The 14-week course was designed to prepare officers holding the ranks of Captain and Lieutenant (Navy) for staff appointments in single-service and joint environments. The course focused on developing analytical thinking, communication, leadership and operational planning skills, while strengthening participants’ understanding of military strategy, security and the evolving operational environment.

27 PEGAWAI TDDB TAMAT KURSUS STAF PERTENGAHAN 26/2026

TANAH JAMBU, Khamis, 19 November 2026 – Seramai 27 pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berjaya menamatkan Kursus Staf Pertengahan 26/2026 selama 14 minggu yang berlangsung dari 17 Ogos hingga 20 November 2026 bertempat di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu. Kursus tersebut diakhiri dengan Majlis Penutup yang diadakan pada hari ini di AP ABDB.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, yang turut menyempurnakan penyampaian sijil tamat kursus dan anugerah kecemerlangan kepada para peserta. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-pengarah Tentera, Atase dan Penasihat Pertahanan dari negara-negara peserta serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Kursus Staf Pertengahan 26/2026 disertai oleh seramai 49 pegawai, terdiri daripada 41 pegawai ABDB termasuk 27 pegawai TDDB, seorang pegawai PPDB serta 7 pegawai tentera antarabangsa dari Republik Rakyat China, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Dalam ucapannya, Pemerintah ABDB menekankan kepentingan mempersiapkan para pegawai bagi menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin berkembang serta menyumbang kepada kesiapsiagaan operasi. Beliau turut menekankan kepentingan kebolehsuaian, kompetensi profesional dan penggunaan Artificial Intelligence (AI) secara beretika, di samping mengekalkan pemikiran kritis dan pertimbangan yang wajar. Beliau seterusnya menyeru para peserta untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus, mengekalkan profesionalisme dan integriti serta memberikan sumbangan yang bermakna kepada organisasi masing-masing.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada para peserta kursus. Anugerah Overall Best Student dan Best Service Paper Award telah dimenangi oleh Kapten Siti Syafiqah ‘Afifah binti Haji Ahmad Mahyuddin dari Kementerian Pertahanan. Sementara itu, Anugerah Commander RBAF’s Paper disandang oleh Kapten Nabilah Afifah binti Haji Said dari TDDB.

Kursus selama 14 minggu tersebut dirangka bagi mempersiapkan pegawai berpangkat Kapten dan Leftenan (Laut) untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Staf dalam persekitaran perkhidmatan tunggal dan operasi bersama. Modul kursus memberikan penekanan terhadap pembangunan kemahiran pemikiran analitikal, komunikasi, kepimpinan dan perancangan operasi, di samping memperkukuh pemahaman mengenai strategi ketenteraan, keselamatan serta persekitaran operasi yang sentiasa berkembang.