JOHOR, MALAYSIA, Tuesday, 17th November 2026 – Lieutenant Muhammad Azwan Tahfiz Qarizh bin Hasan, Mortar Officer of Support Company, 3Bn RBLF, successfully completed the 81mm Mortar Platoon Commander Course Series 1/2026, held from 7th September to 13th November 2026 at the Malaysian Army Combat Training Centre (PULADA), Johor, Malaysia. The course was also joined by 26 officers and 17 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) from the Malaysian Army.
Throughout the course, participants underwent tactical training covering defensive operations, withdrawal, advance and attack. Emphasis was placed on the roles and responsibilities of a Mortar Platoon Commander in planning, coordinating and integrating mortar fire support. The training also included Tactical Exercises Without Troops (TEWT), focusing on operational planning based on battalion-level scenarios.
The course aimed to enhance participants’ knowledge, skills and competencies in carrying out their responsibilities as Mortar Officers and Assistant Mortar Officers, particularly in planning, coordinating and executing battalion-level military operations. The participation also reflects RBLF’s continued commitment to enhancing the professional development, tactical proficiency and operational capabilities of its personnel. It also contributes to strengthening bilateral defence cooperation between Brunei Darussalam and Malaysia through professional military training and knowledge-sharing.







PEGAWAI TDDB TAMAT KURSUS KETUA PLATUN MERTAK 81MM DI PULADA, MALAYSIA
JOHOR, MALAYSIA, Selasa, 17 November 2026 – Leftenan Muhammad Azwan Tahfiz Qarizh bin Hasan, Pegawai Mertak, Kompeni Bantu, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB), telah berjaya menamatkan Kursus Ketua Platun Mertak 81mm Siri 1/2026 yang berlangsung dari 7 September hingga 13 November 2026 bertempat di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Johor, Malaysia. Kursus tersebut turut disertai seramai 26 pegawai dan 17 Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan daripada Tentera Darat Malaysia.
Sepanjang kursus tersebut, para peserta menjalani latihan taktikal yang merangkumi operasi pertahanan, pengunduran, mara dan serangan. Penekanan turut diberikan terhadap peranan dan tanggungjawab Ketua Platun Mertak dalam merancang, menyelaras serta mengintegrasikan bantuan tembakan mertak. Latihan tersebut juga merangkumi pelaksanaan Tactical Exercises Without Troops (TEWT) yang memfokuskan perancangan operasi berdasarkan senario di peringkat batalion.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan para peserta dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai Pegawai Mertak dan Penolong Pegawai Mertak, khususnya dalam aspek perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan operasi ketenteraan di peringkat batalion.
Penyertaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam meningkatkan pembangunan profesional, kemahiran taktikal dan keupayaan operasi anggotanya. Ianya juga menyumbang kepada pengukuhan kerjasama pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia melalui latihan ketenteraan profesional serta perkongsian pengetahuan.