BERAKAS GARRISON, Wednesday, 18th November 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) organised the Opening Ceremony of Musabaqah Tilawah Al-Quran in conjunction with the RBLF’s 64th Anniversary, held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison. The event was attended by Colonel Mohd Roasri Erwan bin Haji Tasrif, RBLF Chief of Staff. Also in attendance were Senior Officers, officers and personnel of the RBLF.
A total of 19 participants from across the RBLF, took part in the competition, consisting of 13 Qari and 6 Qariah. The annual competition provided a platform for participants to demonstrate their proficiency in the recitation of the Al-Quran, while promoting the continuous practice of Islamic teachings in their daily lives. The competition also served to strengthen camaraderie, discipline and spiritual resilience among RBLF personnel, reflecting the importance of maintaining a balance between professional military responsibilities and religious obligations.
The conduct of the Musabaqah Tilawah Al-Quran in conjunction with the RBLF’s 64th Anniversary reflects the RBLF’s continuous commitment towards strengthening spiritual development, promoting Islamic values and fostering unity among its personnel. The annual event also reinforced the importance of faith, discipline and integrity as fundamental qualities in developing well-rounded military personnel, in line with the Royal Brunei Armed Forces’ core values and the national philosophy of Malay Islamic Monarchy.





















PEMBUKAAN MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN TDDB KE-64
BERAKAS GARISON, Rabu, 18 November 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menganjurkan Pembukaan Musabaqah Tilawah Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun TDDB Ke-64 bertempat di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison. Hadir ialah Kolonel Mohd Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Ketua Staf TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Pertandingan tersebut disertai seramai 19 peserta dari seluruh TDDB terdiri daripada 13 peserta Qari dan 6 peserta Qariah. Pertandingan tahunan tersebut menjadi platform kepada para peserta untuk memperlihatkan kemahiran dan kebolehan dalam memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, di samping menggalakkan pengamalan ajaran Islam secara berterusan dalam kehidupan seharian. Pertandingan ini turut berperanan dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim, disiplin serta ketahanan rohani dalam kalangan anggota TDDB, sekali gus mencerminkan kepentingan keseimbangan antara tanggungjawab ketenteraan dan tuntutan agama.
Penganjuran Musabaqah Tilawah Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun TDDB Ke-64 mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam memperkukuhkan pembangunan kerohanian, menerapkan nilai-nilai Islam serta memupuk perpaduan dalam kalangan anggotanya. Acara tahunan ini turut menekankan kepentingan iman, disiplin dan integriti sebagai asas dalam melahirkan anggota tentera yang seimbang dari segi jasmani dan rohani, selaras dengan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta falsafah negara Melayu Islam Beraja.