NEWS HEADLINES
KURSUS ASAS MENUNGGANG KUDA SIRI 2/2018 DARIPADA KOMPENI DELTA 1BN TDDB
SESI PERJUMPAAN KURSUS LANJUTAN INFANTRI BAGI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE-160 TDDB
PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin 12 Februari 2018- Sesi perjumpaan anggota-anggota lepasan rekrut pengambilan ke-160 Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB telah diadakan di Auditorium, Platun Serunai dan Tambur. Seramai 98 anggota lepasan rekrut pengambilan ke-160 telah selesai menjalani Kursus Lanjutan Infantri selama sebulan yang dikendalikan oleh Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB).
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERI BANTUAN BENCANA ALAM TEMBURONG
Sabtu 10 Februari 2018 – Batalion Pertama, Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Daerah Temburong. Hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat melanda di beberapa kawasan kediaman, persekolahan dan menjejaskan sebahagian jalan raya.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM INDUKSI ASKAR WANITA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI PENGAMBILAN KE-53
BERAKAS GARISON, Jumaat, 09 Februari 2018 – Program Induksi Askar Wanita Tentera Darat Diraja Brunei Pengambilan ke-53, yang bermula pada 29 Januari 2018, telah ditamatkan pada pagi ini dalam satu majlis penutup di Bilik Persidangan Rahang, Khidmat Pergigian, Berakas Garison.
KUNJUNGAN KERJA DARIPADA COMMANDER 11th BRIGADE INFANTRY, UNITED KINGDOM
BERAKAS GARISON, 08 Februari 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh hari ini telah menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Brigadier Jeneral Philip Kimber, Commander 11th Brigade Infantry, United Kingdom bertempat di Markas TDDB.
MAJLIS UPACARA PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMAN KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TDDB
BERAKAS GARISON, Rabu, 07 Februari 2018 – Seramai 385 anggota dari Khidmat Bantuan Kombat TDDB menyertai acara Perbarisan Sarjan Mejar Regimen di padang Kawad 1Bn Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut adalah RSM yang di raikan iaitu Yang Mulia PW1 Johari bin Hj Lamit, RSM, Khidmat Bantuan Kombat (KBK), TDDB. Perbarisan ini berlangsung di Dewan Makan 1Bn TDDB, Berakas Garison.
MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSAMA PEGAWAI DAERAH, PENGHULU MUKIM & KETUA KAMPONG DAERAH BRUNEI & MUARA
BERAKAS GARISON, Isnin 05 Februari 2018 – Majlis Makan Tengahari bersama Pegawai Daerah, Penghulu Mukim, Ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara telah diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison yang dikendalikan oleh Yang Mulia Mejar Ahmad Bohare bin Mansor.
KURSUS ASAS UGAMA KOMPENI D BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, ISNIN 05 Februari 2018 - Platun 12 daripada Kompeni D, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telahpun menjalankan Kursus Asas Ugama yang bertempat di Surau Al-Faizun, Berakas Garisen. Seramai 25 anggota terdiri daripada platun 12 mengambil bahagian dalam kursus tersebut. Ianya adalah salah satu aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan dan inisiatif Pegawai Memerintah Kompeni D untuk mengisi masa anggota-anggota sempena bulan simpanan bagi Kompeni D, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEMERINTAH TDDB
BOLKIAH GARISON, Jumaat 02 Februari 2018 – Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis Kenaikan Pangkat Bagi Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dinaikan pangkat ke Brigedier Jeneral telah diadakan di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
SAMBUTAN HARI KELUARGA PERINGKAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TDDB
Jumaat 2 Feb 2018. Khidmat Bantuan Kombat telah mengadakan acara Sambutan Hari Keluarga peringkat Khidmat Bantuan Kombat yang di mulakan dari Padang Sultan Omar Ali Saifuddin dan berakhir di Taman Mahkota Eko Korridor. Sambutan tersebut adalah sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei yang ke 56 tahun.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Rabu 31 Januari 2018– Dengan Titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) mengalu-alukan pemimpin baru pada hari ini yangmana upacara Serah Terima Tugas telah disempurnakan oleh Mantan Pemerintah TDDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud secara rasminya menyerahkan tampuk pimpinan Pemerintah TDDB kepada Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB yang baru dalam satu peristiwa bersejarah pada 31 Januari 2018 berlangsung di Padang Kawad Berakas Garison.
SAMBUTAN HARI KELUARGA MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN KOMPENI MARKAS TDDB SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE-56
KOMPLEKS SUKAN AIR ABDB, SERASA, Ahad 28 Januari 2018 – Sambutan Hari Keluarga Peringkat Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke 56 tahun, telah diadakan di Kompleks Sukan Air Serasa. Ianya telah dipengerusikan dengan jayanya oleh Yang Mulia Kapt Abd Aziz bin Hj Razali, Penolong Pegawai Turus Gerakan Markas TDDB.
SAMBUTAN HARI KELUARGA WARGA BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE-56 TAHUN
KAMPONG PENANJONG, Ahad 28 Januari 2018 – Sebagai tanda terima kasih kepada sokongan dan pengorbanan tenaga dan masa keluarga anggota-anggota Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB), satu sambutan Hari Keluarga Sempena HUT TDDB Ke-56 Tahun, telah dipegerusikan dengan jayanya oleh Yang Mulia Kapt Hj Mohd Hisham bin Abdullah Pemangku Ejutan Bn Bantu TDDB yang mana telah dijalankan bertempat di Pantai Pangkalan Pinang, Kg Penanjong.
ACARA HARI KELUARGA PERINGKAT 1BN TDDB SEMPENA HUT TDDB YANG KE-56 TAHUN
BERAKAS GARISON, Ahad 28 Januari 2018 – Hari Keluarga Peringkat Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TDDB yang ke 56 tahun telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di Mini Stadium, Berakas Garison. Acara tersebut dipengerusikan oleh Yang Mulia Kapten Alimin bin Haji Ahamad, Ejutan 1Bn TDDB.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA KONTINJEN PASUKAN ASEAN ARMIES RIFLE MEET (AARM) TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Khamis 25 Jan 2018 – Kontinjen Pasukan Penembak AARM Tentera Darat Diraja Brunei telah menerima pucuk pimpinan yang baru. Majlis Serah Terima Tugas Ketua Kontinjen AARM TDDB telah dilaksanakan diantara Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi Bin Haji Hassan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB selaku Ketua Kontinjen AARM TDDB bermula tahun 2016 hingga 2017 dan menyerahkan tugas kepada Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan Bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB selaku Ketua Kontinjen Pasukan AARM TDDB 2018 yang baru. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Taklimat Markas Tentera Darat Diraja Brunei.














