PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis 15 Mac 2018 – Seramai 40 Pegawai-Pegawai berpangkat Leftenan-Kapten telah menghadiri Majlis Penutup bagi Hari Belajar Latihan Taktikal Tanpa Trup (Tactical Exercise Without Troops, TEWT) peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Siri 5/2017 yang diadakan di Mess Pegawai Batalion Kedua TDDB Perkhemahan Tutong selama 5 hari mulai 09 Mac 2018 hingga 15 Mac 2018.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Mulia Ketua Staf TDDB serta Pegawai-Pegawai Kanan TDDB dan jemputan khas.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pengendali Mej Mushiri Zulkhibri bin Hj Awang. Majlis seterusnya diikuti dengan penyampaian rancangan operasi hasil daripada Military Appreciation Process daripada sindiket terpilih.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan penandatangan lembaran kenangan. Pada TEWT kali ini lebih berkonsepkan kepada peperangan bandar ataupun dikenali dengan (fighting in built-up areas, FIBUA). Hari belajar pada kali ini juga memberikan penambahan kepada penggunaan asset dron didalam memberikan fotografi udara khusus kepada tinjauan keadaan tanah serta sebagai pemantauan (surveillance) di kawasan objektif yang mana telah di serapkan semasa pembahagian naratif dan senario.




