PENANJONG GARISON, Khamis 15 Mac 2018 –
Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah menerima kunjungan daripada Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB berserta rombongan sempena lawatan kerja ke unit-unit TDDB.
Aturcara lawatan bermula dengan Pemerintah TDDB menerima Tabik Hormat daripada Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Bn Bantu TDDB di iringi dengan Platun Serunai & Tambur 3Bn TDDB dan diketuai oleh Leftenan Muhammad Syuaib Bin Haji Meraj bertempat di hadapan Markas Bn Bantu TDDB. Yang Mulia Pemerintah TDDB seterusnya dijemput ke Bilik Mesyuarat Mrks Bn Bantu TDDB bagi sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB.
Yang Mulia Pemerintah TDDB beserta rombongan meneruskan lagi aturcara lawatan ke Skuardon Kereta Perisai Peninjau (SKPP) Bn Bantu TDDB bagi melihat secara dekat pameran statik aset-aset yang terdapat di unit SKPP. Yang Mulia Pemerintah TDDB beserta rombongan seterusnya menunaikan Solat Fardhu Asar berjemaah dengan anggota Bn Bantu TDDB di surau Al-Hikmah Penanjong Garison.
Lawatan kerja telah diakhiri dengan menjemput Yang Mulia Pemerintah TDDB dan rombongan ke Mes Pegawai Penanjong Garison untuk menikmati jamuan minum petang.
Lawatan kerja Yang Mulia Pemerintah TDDB ke Bn Bantu TDDB adalah satu penghormatan bagi unit ini sebagai menzahirkan keprihatinan Yang Mulia Pemerintah TDDB kepada kebajikan anggota secara keseluruhan dan juga aset-aset Bn Bantu TDDB yang menjadi pengerak kepada Tentera Darat Diraja Brunei dimasa aman mahupun perang.



