NEWS HEADLINES
HARI BELAJAR LATIHAN TAKTIKAL TANPA TRUP TDDB
PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin 12 Mac 2018 – Seramai 40 Pegawai-pegawai berpangkat Leftenan-Kapten telah menghadiri Majlis Pembukaan bagi Hari Belajar Latihan Taktikal Tanpa Trup (Tactical Exercise Without Troops, TEWT) peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Siri 5/2017 yang diadakan di Mess Pegawai Batalion Kedua TDDB Perkhemahan Tutong.
LAWATAN KERJA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, 08 Mac 2018 - Sesi lawatan kerja Yang Mulia Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, P.S.B, MSc, MPAT, psc Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei ke Perkhemahan Tutong telah berlangsung pada jam 1500 petang yang mana lawatan kerja tersebut telah disambut dengan perbarisan kawad kawalan kehormatan yang diiringi oleh pasukan panji-panji TDDB dan Platun Serunai & Tambor 2Bn TDDB bagi kawalan kehormatan ketibaan Yang Mulia Pemerintah TDDB di hadapan Markas 2Bn TDDB.
LAWATAN KERJA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Rabu 07 Mac 2018 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah menerima kunjungan daripada Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB berserta rombongan sempena lawatan kerja ke unit-unit TDDB.
BATALION BANTU TDDB TINGKTKAN KESEDARAN KAUNSELING DI KALANGAN ANGGOTA MENERUSI PROGRAM TEKAD
PENANJONG GARISON, Rabu 07 Mac 2018 – Pusat Kaunseling ABDB (PK ABDB) meneruskan lagi program turun padang dengan pemberigaan pengetahuan anggota ABDB mengenai kesedaran kaunseling dan anti-dadah atau ringkasnya program TEKAD. Program tersebut dikendalikan di Rumah Masak Bn Bantu TDDB, Penanjong Garison dengan penglibatan 210 anggota termasuk pegawai dari Bn Bantu TDDB.
LAWATAN KERJA DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN PAKISTAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERAKAS GARISON, Isnin 05 Mac 2018– Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Haji Awang Lampoh hari ini telah menerima lawatan kerja Yang Mulia Commodore Jawad Ahmed TI (M), Penasihat Pertahanan Pakistan ke Negara Brunei Darussalam yang berpejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.
KEJOHANAN BOLA SEPAK KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TAHUN 2018
BERAKAS GARISON, Jumaat 02 Mac 2018– Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Bantuan Kombat (KBK), Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menganjurkan kejohanan bola sepak yang pertama di antara khidmat-khidmat KBK. Perlawanan akhir di antara Skuadron Semboyan dan Khidmat Bomba telah diadakan di padang Mini Stadium, Berakas Garison. Perlawanan akhir dijuarai oleh Khidmat Bomba dengan keputusan satu gol tanpa balas.
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KEPADA MANGSA RUMAH KEBAKARAN
SURAU AL-QUWWAH PERKHEMAHAN BANGAR, Jumaat 02 Mac 2018 – Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Dana Kebajikan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bagi salah seorang anggota Kompeni E Batalion Pertama (1Bn) TDDB yang mana rumah keluarganya telah terlibat dalam musibah kebakaran di Kampung Junjungan pada pertengahan bulan Februari yang lalu.
ACARA PERLAWANAN MERINTIS ASKAR WANITA PERINGKAT TDDB BAGI TAHUN 2017/2018
PENANJONG GARISON, Khamis 01 Mac 2018 – Perlawanan merintis Askar Wanita peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bagi tahun 2017/2018 telah diadakan di Penanjong Garison. Acara tersebut dikelolakan oleh Batalion Bantu (Bn Bantu) TDDB sebagai persediaan untuk perlawanan merintis peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan diadakan pada 22 Mac ini.
LAWATAN KERJA DARIPADA TIMBALAN PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERAKAS GARISON, Rabu 28 Februari 2018– Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh hari ini telah menerima Lawatan Kerja daripada Yang Mulia Rafedah binti Abdul Aziz, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
MAJLIS PENYERAHAN SIJIL KURSUS LANJUTAN INFANTRI BAGI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE 160
PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin 26 Februari 2018 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil Kursus Lanjutan Infantri bagi Lepasan Rekrut Pengambilan ke 160 yang telah diadakan di Rumah Masak, Perkhemahan Lumut.
TDDB SERTAI RIADAH BERBASIKAL SEMANGAT KEBANGSAAN 2018
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI GIAT MEMBUAT LATIHAN BAGI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 34
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 22 Februari 2018 – Latihan perbarisan sempena Hari Kebangsaan giat dijalankan bermula pada 01 Februari 2018. Latihan bermula di Padang Kawad 1Bn TDDB dan diikuti kemudian di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 34 TAHUN
SURAU AL-FA’IZUN BERAKAS GARISON , Khamis 22 Februari 2018 - Negara Brunei Darussalam akan menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-34 dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’.
MAJLIS PENUTUP KURSUS LANJUTAN INFANTRI BAGI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE 160
KAMPONG TELINGAN, Rabu 21 Februari 2018 –Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei, selaku Tetamu Kehormat telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Lanjutan Infantri bagi lepasan Rekrut Pengambilan ke 160 yang telah berlangsung di Kg Telingan, Kawasan Labi. Turut hadir ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pemerintah 3Bn TDDB. Pada tahun ini, Batalion Ketiga TDDB telah diamanahkan untuk mengendalikan kursus tersebut.
MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT PTB-PTB RENDAH BAGI KOMPENI MARKAS DAN MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TAHUN 2018
BERAKAS GARISON, Rabu 21 Februari 2018 – Majlis kenaikan pangkat PTB-PTB Rendah bagi Kompeni Markas dan Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berlangsung di Pejabat Kompeni Markas TDDB.














