PENANJONG GARRISON, Monday, 02nd February 2026 – The Engineer Regiment Royal Brunei Land Forces (Engr Regt RBLF) marked its second anniversary with a commemorative event held at Al-Wafrah hall, Penanjong Garrison. The celebration was officiated by Lieutenant Colonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Commanding Officer of Engr Regt RBLF, together with officers and personnel of the Engr Regt RBLF.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by an address by the Commanding Officer. In his remarks, he reaffirmed that the development of the Engineer Regiment RBLF is not measured solely by numerical strength but also emphasised the quality, professionalism, and competency of its personnel to uphold established standards and sustain the regiment's credibility as a specialist unit. He also conveyed his appreciation and congratulations to all personnel for their continued dedication, achievements, and valuable contributions to the RBLF and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) as a whole. The celebration concluded with a cake-cutting ceremony and the recitation of Doa.
The Engr Regt RBLF was established on 2nd February 2024, and this anniversary celebration not only marks a significant milestone for Engr Regt RBLF but also represents an important milestone, reflecting the unit's strong commitment and dedication to delivering vital combat engineering support towards meeting the operational requirements of the RBAF. On a separate occasion, the Engr Regt RBLF also held a Doa Kesyukuran ceremony on 1st February 2026 at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, to commemorate its anniversary this year.


SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN REJIMEN JURUTERA TDDB KE-2
PENANJONG GARISON, Isnin, 02 Februari 2026 – Rejimen Jurutera Tentera Darat Diraja Brunei (RJ TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun ke-2 dengan majlis yang diadakan di Dewan Al-Wafrah, Penanjong Garison. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Pegawai Pemerintah RJ TDDB bersama Pegawai-pegawai dan anggota RJ TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan oleh Pegawai Pemerintah RJ TDDB. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pembangunan RJ TDDB bukan sekadar diukur berdasarkan kekuatan anggota semata-mata, malah turut memberi penekanan terhadap kualiti, profesionalisme serta kompetensi anggota bagi mengekalkan standard yang ditetapkan dan menjamin tahap kredibiliti rejimen sebagai sebuah unit pakar. Beliau juga menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua anggota atas dedikasi, pencapaian serta sumbangan berterusan mereka kepada TDDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara keseluruhan. Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek serta bacaan Doa.
RJ TDDB telah ditubuhkan pada 2 Februari 2024 dan sambutan ulang tahun yang ke-2 ini bukan sahaja menandakan satu pencapaian bagi RJ TDDB, malah mencerminkan komitmen dan dedikasi berterusan dalam menyediakan sokongan kejuruteraan yang penting ke arah memenuhi keperluan operasi ABDB. Dalam acara yang berasingan, RJ TDDB juga turut mengadakan Majlis Doa Kesyukuran pada 1 Februari 2026 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison, bagi memperingati ulang tahun penubuhan unit tersebut pada tahun ini.