Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

PRESENTATION OF THE RBAF WELFARE FUND VOUCHERS

BERAKAS GARRISON, Monday, 8th December 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) presented the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Welfare Fund vouchers to RBLF orphans and selected RBLF personnel in conjunction with the upcoming 2026 school year. A total of 45 orphans from 27 families from the RBLF units, including RBLF Headquarters, Field Headquarters, Combat Service Support and Dental Services, received the vouchers. In addition, 319 selected RBLF personnel will also receive assistance through the RBAF Welfare Fund initiative.

The presentation reflects the RBAF's continuous support in prioritising the welfare, morale and readiness of its personnel and families. This meaningful initiative aims to ease the burden in preparations for the upcoming school year. Earlier, the RBAF organised the main presentation ceremony held at Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA) in Berakas Garrison, officiated by Colonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Director of Personnel and Deputy Chairman II of the RBAF Welfare Fund.

PENYERAHAN VOUCHER TABUNG KEBAJIKAN ABDB

BERAKAS GARISON, Isnin, 8 Disember 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah melaksanakan penyerahan Voucher Tabung Kebajikan (TK) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) khusus kepada anak-anak yatim TDDB serta anggota-anggota TDDB yang terpilih sempena menjelang persekolahan tahun 2026. Seramai 45 orang anak-anak yatim daripada 27 keluarga TDDB yang terdiri daripada Markas TDDB, Markas Medan, Khidmat Bantuan Kombat dan Khidmat Pergigian telah menerima voucher berkenaan. Selain itu, seramai 319 anggota TDDB yang tertentu juga akan menerima bantuan melalui inisiatif Tabung Kebajikan ABDB.

Penyerahan tersebut mencerminkan komitmen berterusan ABDB dalam mengutamakan kebajikan, moral dan kesediaan anggota serta keluarga mereka. Inisiatif ini juga bertujuan untuk meringankan beban dalam membuat persiapan bagi tahun persekolahan yang akan datang. Terdahulu, ABDB telah mengadakan majlis penyerahan utama di Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA), Berakas Garison, yang telah disempurnakan oleh Kolonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Pengarah Keanggotaan selaku Timbalan Pengerusi II Tabung Kebajikan ABDB.