Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FIELD RBLF CELEBRATES 2ND ANNIVERSARY

PENANJONG GARRISON, Friday, 21st November 2025  The Field Royal Brunei Land Forces (RBLF) held its 2nd anniversary celebration with an event at the Al-Wafrah Hall, Penanjong Garrison. Present as the Guest of Honour was Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander RBLF.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by remarks from the Field Commander. It then continued with a cake-cutting session, the recitation of Doa Kesyukuran, and a group photo session at the Field Parade Square. On a separate occasion, the Field RBLF also held a Doa Kesyukuran ceremony on 20th November 2025 at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, to express gratitude for Field's achievements since its establishment on 21st November 2023.

MEDAN TDDB SAMBUT HARI ULANG TAHUN KE-2

PENANJONG GARISON, Jumaat, 21 November 2025 – Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun ke-2 dengan acara berlangsung di Dewan Al-Wafrah, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan dari Pemerintah Medan. Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi pemotongan kek, bacaan Doa Kesyukuran, dan bergambar ramai di Padang Kawad Medan. Dalam acara yang berasingan, Medan TDDB turut mengadakan Majlis Doa Kesyukuran pada 20 November 2025 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison, untuk menzahirkan rasa syukur atas pencapaian yang telah diperoleh sepanjang tahun dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Medan sejak penubuhannya pada 21 November 2023.