Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THE 33RD ASEAN ARMIES RIFLE MEET OFFICIALLY COMMENCES

REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 21 November 2025 – The 33rd ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2025 has officially commenced in a ceremony held at the Nee Soon Range, Republic of Singapore. Officiating the ceremony was Brigadier General Wong Shi Ming, Chief of Staff - General Staff of the Singapore Army, and it was attended by Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), along with other ASEAN Deputy Chiefs of Army and representatives.

The opening began with a march past by the participating shooting contingents, followed by the flag-hoisting session.  The RBLF Deputy Commander also had the opportunity to interact with the RBLF Shooting Contingent, imparting words of encouragement and emphasising the importance of upholding discipline and professionalism throughout the competition. A total of 44 RBLF personnel are participating in this year's competition, which runs from 17 to 28 November 2025. The annual meet gathers the finest military marksmen from ASEAN armies to compete in various categories such as rifle, pistol, carbine, and machine gun. Beyond competition, the event serves to strengthen solidarity and friendship among ASEAN member states, providing a platform to exchange experiences, promote cooperation, and contribute towards maintaining regional peace and stability.

PEMBUKAAN RASMI PERLAWANAN MENEMBAK TENTERA DARAT ASEAN KE-33

REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 21 November 2025 – Perlawanan Menembak Tentera Darat ASEAN (ASEAN Armies Rifle Meet, AARM) ke-33 bagi tahun 2025 dengan rasminya dimulakan dengan acara pembukaan yang berlangsung di Nee Soon Range, Republik Singapura. Hadir bagi merasmikan acara tersebut ialah Brigedier Jeneral Wong Shi Ming, Chief of Staff - General Staff Tentera Darat Singapura, dan turut dihadiri oleh Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), bersama Timbalan-timbalan Pemerintah dan wakil-wakil Tentera Darat ASEAN lainnya.

Acara pembukaan dimulakan dengan perbarisan berjalan lalu oleh kontinjen-kontinjen penembak yang mengambil bahagian, diikuti dengan upacara menaikkan bendera. Timbalan Pemerintah TDDB juga berpeluang untuk berinteraksi bersama dengan Kontinjen Penembak TDDB di mana beliau menyampaikan kata-kata semangat dan menekankan kepentingan dalam menjaga disiplin serta profesionalisme sepanjang perlawanan berlangsung. Seramai 44 anggota TDDB menyertai perlawanan pada tahun ini, yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 28 November 2025.

Perlawanan tahunan ini menghimpunkan para penembak terbaik dari Tentera Darat negara-negara ASEAN untuk bersaing dalam pelbagai kategori seperti repal, pistol, carbine dan machine gun. Di luar pertandingan, acara ini berfungsi untuk mengukuhkan perpaduan dan persahabatan di kalangan negara-negara ASEAN, menyediakan platform untuk bertukar pengalaman, memupuk kerjasama, dan menyumbang ke arah mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.