Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

HEALTH AND DENTAL OUTREACH ROADSHOW IN CONJUNCTION WITH RBAF 64th ANNIVERSARY

KAMPUNG SUKANG, Sunday, 16th November 2025 –  The Engineer Regiment Royal Brunei Land Forces (RBLF), in collaboration with the Medical Services and Dental Services RBLF, conducted a health and dental roadshow in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary, held at Kampong Sukang Multi-Purpose Hall, Belait District.

Present at the roadshow was Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, Royal Brunei Navy (RBN), Chairman of the RBAF 64th Anniversary. Also present were Colonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, RBLF Chief of Dental Services, Lieutenant Colonel (U) Pengiran Irwandy bin Pengiran Haji Chuchu, the Deputy Chief of Medical Services (Support) RBLF, and Awang Shahronizam bin Haji Mohamad Noh, the Penghulu of Mukim Sukang.

During the roadshow, residents from Mukim Sukang and Kampong Melilas had the opportunity to receive health and dental check-ups. The basic health check-ups include glucose and blood pressure measurements, and a health consultation. First Aid and Basic Life Support demonstrations were also delivered to the residents by the Medical Services personnel. In addition, the hygiene personnel from the Medical Services carried out fogging in the vicinity of Kampong Sukang towards reducing infection and prevent mosquito breeding. Meanwhile, the Dental Services RBLF has provided clinical dental treatment, including dental examinations, fillings, denture repairs, and dental hygiene treatment.

The roadshow was conducted as part of the Community Outreach Activities to enable easy access to general and oral health services to the rural community by providing free medical and dental check-ups, health consultation and basic treatment. A total of 52 patients, consisting of the villagers, particularly the elderly and children, attended the roadshow. This initiative highlights the RBAF's dedication to strengthening civil-military relations and improving community well-being through healthcare services.

JERAYAWARA KESIHATAN DAN PERGIGIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-64

KAMPUNG SUKANG, Ahad, 16 November 2025 – Sempena Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) ke-64, Rejimen Jurutera Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan Khidmat Pergigian TDDB telah menganjurkan Jerayawara Kesihatan dan Pergigian bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Sukang, Daerah Belait.

Hadir pada jerayawara tersebut ialah Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), selaku Pengerusi Tertinggi HUT ABDB ke-64. Turut hadir ialah Kolonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB, Leftenan Kolonel (U) Pengiran Irwandy bin Pengiran Haji Chuchu, Timbalan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan (Bantu) TDDB, dan Awang Shahronizam bin Haji Mohamad Noh, Penghulu Mukim Sukang.

Pada jerayawara tersebut, penduduk dari Mukim Sukang dan Kampong Melilas berpeluang menerima pemeriksaan kesihatan dan pergigian. Pemeriksaan kesihatan asas termasuk pemeriksaan tahap gula dan tekanan darah serta konsultasi kesihatan. Demonstrasi Pertolongan Cemas dan Bantuan Asas Kecemasan turut disampaikan oleh anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB. Selain itu, anggota dari Unit Kesihatan Alam Sekitar, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB juga melaksanakan fogging di sekitar kawasan Kampong Sukang bagi mengurangkan jangkitan dan mencegah pembiakan nyamuk. Sementara itu, Khidmat Pergigian TDDB telah menyediakan rawatan pergigian klinikal, termasuk pemeriksaan gigi, menampal gigi, pembaikan gigi palsu, dan rawatan kebersihan gigi.

Jerayawara itu dijalankan sebagai sebahagian daripada Aktiviti Jangkauan Komuniti bagi memudahkan akses untuk memperolehi khidmat rawatan kesihatan bagi penduduk kampung pedalaman dengan menyediakan pemeriksaan perubatan dan rawatan pergigian secara percuma, konsultasi kesihatan dan rawatan asas. Seramai 52 pesakit yang terdiri daripada penduduk kampong khususnya warga emas dan kanak-kanak telah mengikuti jerayawara tersebut. Inisiatif ini mempamerkan komitmen ABDB dalam mengukuhkan hubungan awam dan tentera, serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui khidmat kesihatan.