BERAKAS, Thursday, 13th November 2025 – The Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), participated in one-day Exercise BANGAU PUTIH 2025, organised by the Department of Civil Aviation, Ministry of Transport and Infocommunications, held at the Berakas International Airport. Also joining in the exercise were the Royal Brunei Air Force, Joint Force Headquarters Royal Brunei Armed Forces, the Royal Brunei Police Force, Royal Customs and Excise Department, Department of Immigration and National Registration, Ministry of Health, and the Fire and Rescue Department.
The exercise is aimed to test the Airport Emergency Plan (AEP) and enhance inter-agency coordination in responding to a simulated aircraft crash involving mass casualties. During the exercise, the Medical Services RBLF has provided support in triaging and treating casualties at the Casualty Marshalling Area (CMA), working alongside other responding agencies to ensure effective medical management throughout the scenario.
.jpeg)

.jpeg)
KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN SERTAI EKSESAIS BANGAU PUTIH 2025
BERAKAS, Khamis, 13 November 2025 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menyertai Eksesais BANGAU PUTIH 2025 selama sehari yang dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. Turut serta dalam eksesais tersebut ialah Tentera Udara Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Eksesais ini adalah bertujuan untuk menguji Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dan meningkatkan penyelarasan antara agensi dalam menangani insiden kemalangan pesawat berskala besar. Sepanjang eksesais, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB telah melaksanakan tugasan triage serta memberikan rawatan kepada mangsa di Casualty Marshalling Area (CMA), di samping bekerjasama rapat dengan agensi-agensi lain bagi memastikan pengurusan perubatan yang teratur dan berkesan.