TUTONG CAMP, THURSDAY, 31st July 2025 – The Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) today organised inter-units Half Marathon Competition held at Tutong Camp. Also joining the competition was Major Mohammad Sufrien bin Johan, the Commanding Officer of 2Bn RBLF, who participated in the 10-kilometre run.
The competition comprised of three categories, a 21-kilometre team event, 21-kilometre individual, and a 10-kilometre individual open. In the 21-kilometre team category, the 'B' Company has emerged as the champion, with 'A' Company and 'C' Company securing the second and third places respectively. Meanwhile, Corporal Hou Warie Musyaf'fa bin Awg Marsidik won the first place for 21-kilometre individual, followed by Staff Sergeant Shazmeelshah bin Omarsah came second and Private Muhd Nurfirdaus @ Muhammad Farid bin Abdullah Mohammad Faizal in the third place. As for the 10-kilometre open category, Private Muhammad Fakhri bin Kamal took the top spot, while Private Hadi Nur Asymawi bin Abdullah Eddy Ratino and Private Mohammad Abdul Haikal bin Abdul Kamis placed second and third.
The competition serves as a platform to enhance the physical fitness and endurance, while fostering sportsmanship, esprit de corps, and a healthy lifestyle among personnel.




BATALION KEDUA MENGADAKAN PERLAWANAN HALF MARATHON
PERKHEMAHAN TUTONG, KHAMIS, 31 Julai 2025 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Perlawanan Half Marathon hari ini bertempat di Perkhemahan Tutong. Turut serta dalam perlawanan tersebut ialah Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, yang menyertai larian sejauh 10 kilometer.
Perlawanan tersebut terdiri daripada tiga kategori iaitu acara berpasukan sejauh 21 kilometer, acara 21 kilometer individu, dan acara individu terbuka sejauh 10 kilometer. Dalam kategori berpasukan 21 kilometer, Kompeni 'B' telah muncul sebagai juara, diikuti dengan Kompeni 'A' dan Kompeni 'C' yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga. Manakala Koperal Hou Warie Musyaf'fa bin Awg Marsidik memenangi tempat pertama bagi kategori individu sejauh 21 kilometer, diikuti oleh Staf Sarjan Shazmeelshah bin Omarsah di tempat kedua dan Soldadu Muhd Nurfirdaus@Muhammad Farid bin Abdullah Mohammad Faizal di tempat ketiga. Bagi kategori terbuka sejauh 10 kilometer, Soldadu Muhammad Fakhri bin Kamal telah menduduki tempat pertama, manakala Soldadu Hadi Nur Asymawi bin Abdullah Eddy Ratino dan Soldadu Mohammad Abdul Haikal bin Abdul Kamis menduduki tempat kedua dan ketiga.
Perlawanan ini merupakan salah satu platform untuk meningkatkan kecergasan dan daya tahan fizikal, di samping memupuk semangat kesukanan, dan mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan anggota.