Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

NON-COMMISSIONED OFFICERS’ LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE CONCLUDED

TUTONG CAMP, Wednesday, 16th July 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) Non-Commissioned Officers (NCOs) Leadership and Management Course has come to an end with a closing event held at Ar-Rizki Hall, Second Battalion RBLF in Tutong Camp. The four-week course ran from 16th June to 11th July 2025 involved a total of 100 participants from various RBLF units. In attendance to officiate the closing was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander of RBLF.

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Sergeant Md Hafiy bin Md Arrifin from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate, followed by a course review by Major Mohammad Iqbal Arqam bin Haji Abdul Rahman, the Course Conducting Officer. The event then continued with the presentation of certificates to all course participants with the Best Overall Award presented to Lance Corporal Muhammad Nor Sufizan bin Sufri from the First Battalion RBLF.

The course is aimed to produce competent, confident, and highly professional NCOs, equipping them with the knowledge and skills necessary to take on higher roles and responsibilities within the RBAF.







KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH (PTB) BERAKHIR

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 16 Julai 2025 – Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berakhir dengan acara penutup yang diadakan di Dewan Ar-Rizki, Batalion Kedua TDDB Perkhemahan Tutong. Kursus ini berlangsung selama empat minggu bermula dari 16 Jun hingga 11 Julai 2025 yang melibatkan seramai 100 peserta daripada pelbagai unit TDDB. Hadir bagi merasmikan acara penutup ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Sarjan Md Hafiy bin Md Arrifin daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan diikuti dengan ulasan kursus daripada Mejar Mohammad Iqbal Arqam bin Haji Abdul Rahman, selaku Pegawai Pengendali Kursus. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta kursus dengan Anugerah Terbaik Keseluruhan disampaikan kepada Lans Koperal Muhammad Nor Sufizan bin Sufri dari Batalion Pertama TDDB.

Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan PTB-PTB yang cekap, berkeyakinan dan mempunyai tahap profesional yang tinggi, serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memikul peranan dan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam ABDB.