BANGAR CAMP, Friday, 11th July 2025 – The Ilal Hijrah 1447 celebration was among the Ministry of Defence annual activities to glorify major Islamic events. The Royal Brunei Land Forces (RBLF) also celebrated the event simultaneously in various RBLF suraus including Pulau Baru-Baru Mosque. Present at Surau Al-Quwwah, Bangar Camp, Temburong was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander of RBLF. Also in attendance were Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Acting Temburong District Officer, and Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Member of the Legislative Council and Village Head of Kampong Labu Estate and Piasau-Piasau as well as the Acting Penghulu of Zone 1 Mukim, Temburong District.
The event began with congregational Fardhu Subuh prayer, followed by a religious talk entitled "Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan yang Mampan", from Ustaz Haji Abdul Nasir Saufi bin Hassan, Religious Teacher from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. The celebration was also enlivened with a Walkathon Hijrah from Surau Al-Quwwah to Masjid Utama Mohamad Salleh, Pekan Bangar, and the presentation of donations to orphans. Similar Walkathon Hijrah were also held from Surau Al-Faizun, Berakas Garrison to STKRJ Kampong Lambak Kiri Mosque, and Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp to Zainab Mosque Lumut.
The Ilal Hijrah celebration is aimed at commemorating the historic journey of Prophet Muhammad (PBUH) from Mecca Al Mukarramah to Medina Al Munawwarah, an event that marks the beginning of the Islamic calendar.







PERKHEMAHAN BANGAR, Jumaat, 11 Julai 2025– Sambutan Ilal Hijrah 1447 merupakan antara aktiviti tahunan Kementerian Pertahanan bagi memuliakan Hari-Hari Kebesaran Islam. Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) turut meraikan acara tersebut secara serentak di beberapa surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir di Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar, Temburong ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong Awang Hassan Baha bin Haji Umar dan Ahli Majlis Perundangan Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga selaku Pemangku Penghulu Zon 1 dan Ketua Kampung Labu Estate dan Kampung Piasau-Piasau, Daerah Temburong.
Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah, diikuti dengan penyampaian ceramah agama bertajuk "Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan yang Mampan", daripada Ustaz Haji Abdul Nasir Saufi bin Hassan, Guru Agama dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan Walkaton Hijrah dari Surau Al-Quwwah ke Masjid Utama Mohamad Salleh, Pekan Bangar, dan juga penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Walkaton Hijrah yang serupa turut diadakan iaitu dari Surau Al-Faizun, Berakas Garison ke Masjid STKRJ Kampong Lambak Kiri, dan Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut ke Masjid Zainab Lumut.
Sambutan Ilal Hijrah ini adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa besar penghijrahan Nabi Muhammad (SAW) dari Mekah Al Mukarramah ke Madinah Al Munawwarah, satu peristiwa yang menandakan permulaan kalendar Islam.