BERAKAS GARRISON, Tuesday, 10th June 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) marked the Hari Raya Aidil Adha 1446 Hijrah with a Korban Ceremony held simultaneously across all RBLF camps with the main event took place at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
Present to distribute the sacrificial meat at Dewan Pahlawan was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander of RBLF. Also in attendance were RBLF Senior Officers, Officers and personnel, along with the Village Heads of Kampong Lambak A and B, Kampong Lambak Kiri, and Rancangan Perumahan Negara, Kampong Lambak Kanan, civilians staff in Berakas Garrison as well as the Asnaf recipients.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, and continued with a special religious talk entitled “Attaining Blessings through the Ritual of Sacrifice" by Major Narulismandy@Anwar Hadi bin Haji Samaih, Staff Officer Grade One Religious Operations from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. This was followed by the distribution of sacrificial meat to this year's recipients, invited guests and Asnaf recipients prior concluded with the recitation of Doa. A similar event was also held at Dewan Nikmat, Penanjong Garrison, attended by officers and personnel from the RBLF Field Headquarters and the RBLF Engineer Regiment.
This year, a total of nine buffaloes and four goats were sacrificed and distributed to 468 recipients across all camps comprising of the RBLF officers, personnel, invited guests and Asnaf. Besides fulfilling religious obligations in performing good deeds, this ceremony also serves as an act of giving in assisting the less privileged members of the community.







MAJLIS IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1446 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Selasa, 10 Jun 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyambut Hari Raya Aidil Adha 1446 Hijrah dengan Majlis Ibadah Korban yang diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB, dengan acara utama berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Hadir bagi menyempurnakan pengagihan daging korban di Dewan Pahlawan ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB, Ketua-Ketua Kampong daripada Lambak A dan B, Kampong Lambak Kiri, Rancangan Perumahan Negara Kampong Lambak Kanan, kakitangan awam di Berakas Garison dan penerima Asnaf.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan Ceramah Khas bertajuk “Meraih Berkat Melalui Ibadah Korban" yang disampaikan oleh Mejar Narulismandy@Anwar Hadi bin Samaih, Pegawai Turus Gerakan Agama, Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis seterusnya diikuti dengan pengagihan daging korban kepada penerima korban, tetamu jemputan dan penerima Asnaf, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Penutup. Majlis yang serupa turut diadakan di Dewan Nikmat, Penanjong Garison yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan anggota dari Markas Medan TDDB dan Rejimen Jurutera TDDB.
Pada tahun ini, sebanyak sembilan ekor kerbau dan empat ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada seramai 468 penerima di semua perkhemahan yang terdiri daripada Pegawai-pegawai dan anggota TDDB, para jemputan dan Asnaf. Selain daripada menunaikan ibadah sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, acara ini juga bertujuan untuk memupuk amalan bersedekah dalam membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.