BERAKAS GARRISON, Friday, 6th June 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held the Takbir Raya Aidil Adha 1446 Hijrah/2025 Masihi, which took place simultaneously at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. In attendance at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander of RBLF along with Senior Officers, Officers and RBLF personnel.
The event commenced with a mass Fardhu Isya' prayer, followed by the recitation of Doa and Takbir Raya led by Imam Muhammad Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam of Surau Al-Fa'izun. Ustaz Muhammad Rafi'uddin bin Haji Muhammad Ali, the religious teacher at Surau Al-Fa'izun then delivered a religious talk titled “Gema Takbir" before the event concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.





TDDB MENGADAKAN MAJLIS TAKBIR HARI RAYA AIDIL ADHA 1446 HIJRAH/ 2025 MASIHI
BERAKAS GARRISON, Jumaat, 6 Jun 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Takbir Hari Raya sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Adha 1446 Hijrah/2025 Masihi yang berlangsung secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan acara utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Hadir di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB, bersama Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah, diikuti dengan bacaan Doa dan Takbir Raya yang dipimpin oleh Imam Muhammad Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Fa'izun. Ustaz Muhammad Rafi'uddin bin Haji Muhammad Ali, Guru Agama di Surau Al-Fa'izun kemudiannya menyampaikan ceramah agama bertajuk “Gema Takbir" sebelum majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.