BERAKAS GARRISON, Friday, 30 May 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Doa Kesyukuran Ceremony in conjunction with the Brunei Armed Forces (RBAF) 64th anniversary celebration on 31st May 2025. The ceremony took place simultaneously at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison.
The ceremony began with the recitation of Surah Ali-'Imran, verses 121–127, by Staff Sergeant Md Ali Hussin bin Zakaria from the RBLF Headquarters. This was followed by the congregational Fardhu Maghrib and Sunat Hajat prayers led by Haji Mohd Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Fa'izun. The ceremony then continued with the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Kesyukuran prior concluded with the mass Fardhu Isya' prayers. Present during the ceremony were senior officers, officers and RBLF personnel.
The Doa Kesyukuran Ceremony is held to seek for Allah Subhanahu Wa Ta'ala blessings to ensure the RBAF continues to succeed in performing its missions of defending the nation's sovereignty, preserving territorial integrity, and upholding the constitution and principles of the Malay Islamic Monarchy philosophy. This year the RBAF will be celebrating its 64th anniversary with a grand parade held at the Muara Naval Base, Royal Brunei Navy.




MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64
BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 Mei 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 pada 31 Mei 2025. Majlis tersebut telah diadakan secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan acara utama berlangsung di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Ali-'Imran ayat 121 hingga 127 oleh Staf Sarjan Md Ali Hussin bin Zakaria dari Markas TDDB, disusuli dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Haji Mohd Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Fa'izun. Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Yassi, Tahlil dan Doa Kesyukuran sebelum diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah. Hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan bagi memohon keredhaan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar ABDB terus berjaya dalam melaksanakan misi mempertahankan kedaulatan negara, memelihara integriti wilayah, serta menegakkan perlembagaan dan prinsip-prinsip falsafah Melayu Islam Beraja. Pada tahun ini ABDB akan menyambut Hari Ulang Tahun ke-64 dengan upacara perbarisan raksasa bertempat di Pangkalan Muara, Tentera Laut Diraja Brunei.