Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EXERCISE LATMA KERIS SATRIA STRENGTHENS BILATERAL TIES

BALIKPAPAN, INDONESIA, Friday, 25 April 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the Indonesian Army (Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat, TNI-AD) has officially concluded Exercise LATMA KERIS SATRIA 16/2025 at the Battalion Infantry Rider Yonif 600/Modang in Balikpapan, East Kalimantan, Republic of Indonesia. The exercise, held from 16 to 26 April 2025, brought together 25 personnel from the Third Battalion (3Bn) RBLF and 25 personnel from the Battalion Infantry Rider Yonif 600/Modang TNI-AD. Attending the closing ceremony were Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, 3Bn RBLF Commanding Officer, and Colonel Inf Rudy Setiawan, Assistant Operations, Kodam VI/Mulawarman, TNI-AD.

The event commenced with inspection of the parade, followed by closing remarks from the 3Bn RBLF Commanding Officer. In his remarks, he highlighted the significance of Exercise LATMA KERIS SATRIA in providing both armies with a platform to share knowledge and experiences, particularly in Tactics, Techniques and Procedures. He further stated the invaluable relationship between RBLF and TNI-AD, and congratulated both armies on the successful conduct of the exercise. Subsequently, Colonel Inf Rudy Setiawan in his remarks emphasised that such exercise has provided the ideal opportunity to learn from each other's best practices, which can certainly help to enhance capabilities, competencies and confidence among participants. The ceremony concluded with a group photo session.

Exercise LATMA KERIS SATRIA is an annual exercise between the RBLF and TNI-AD on a rotational basis, aimed not only to strengthen practical military cooperation but also to enhance combat readiness and  tactical interoperability between the two armies. The RBLF will continue to play its role in supporting the Ministry of Defence's defence diplomacy effort as one of the three key defence pillars.

 

EKSESAIS LATMA KERIS SATRIA ERATKAN HUBUNGAN DUA HALA

BALIKPAPAN, INDONESIA, Jumaat, 25 April 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat, TNI-AD secara rasminya menutup Eksesais LATMA KERIS SATRIA bertempat di Batalion Infantri Rider Yonif 600/Modang, Balikpapan, Kalimantan Timur, Republik Indonesia. Eksesais yang diadakan dari 16 hingga 26 April 2025 melibatkan seramai 25 anggota dari Batalion Ketiga (3Bn) TDDB dan 25 anggota Batalion Infantri Rider Yonif 600/Modang TNI-AD. Hadir bagi merasmikan upacara penutup ialah Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pegawai Memerintah 3Bn TDDB, dan Kolonel Inf Rudy Setiawan, Asisten Operasi, Kodam VI/Mulawarman, TNI-AD.

Acara dimulakan dengan pemeriksaan barisan dan diteruskan dengan ucapan penutup dari Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan Eksesais LATMA KERIS SATRIA dalam menyediakan kedua-dua tentera platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman khususya dalam Taktik, Teknik dan Prosedur. Beliau seterusnya menyatakan hubungan yang tidak ternilai antara TDDB dan TNI-AD, dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua tentera di atas kejayaan eksesais tersebut. Seterusnya, Kolonel Inf Rudy Setiawan dalam ucapannya menekankan bahawa eksesais tersebut memberikan peluang yang baik untuk berkongsi amalan terbaik antara satu sama lain yang setentunya dapat membantu meningkatkan keupayaan, kecekapan, dan keyakinan dikalangan peserta eksesais. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai.​

Eksesais LATMA KERIS SATRIA merupakan eksesais yang dilaksanakan setiap tahun di antara TDDB dan TNI-AD secara bergilir-gilir, yang bertujuan bukan sahaja untuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan praktikal tetapi juga untuk meningkatkan kesediaan tempur dan interoperabiliti taktikal antara kedua-dua tentera darat. TDDB akan terus memainkan peranannya dalam mendokong usaha diplomasi pertahanan Kementerian Pertahanan iaitu salah satu daripada tiga tonggak utama pertahanan.