TUTONG CAMP, Friday, 20th December 2024 – A handover ceremony between the outgoing Commanding Officer (CO) of the Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF), Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali and the new CO, Major Mohammad Sufrien bin Johan was officially held at the Parade Square, Tutong Camp.
Upon arrival, the outgoing CO received an honourary salute from Major Mohammad Khairul Asri bin Mohammad Hasbi, Officer Commanding of Admin Company 2Bn RBLF, followed by a parade inspection. The ceremony then proceeded with the recital of Surah Al-Fatihah and a farewell speech by the outgoing CO. In his speech, he reminded all 2Bn RBLF personnel to provide an unwavering support and commitment to the incoming CO, and continuously inculcate the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) core values as well as to work together as a unified unit towards achieving the organisation's vision and mission.
Both the outgoing and the newly appointed CO then conducted the signing of the Handover Certificate, symbolising the official handover of leadership. The ceremony continued with an inspection of the parade and remarks by the new CO, who highlighted the importance of maintaining regimentation, discipline and standards, and the need to demonstrate integrity and sincerity in carrying out their duties and responsibilities. The ceremony concluded with the recitation of Doa by Corporal Md Zakwan bin Zulkifli from the RBAF Religious Directorate.
BATTALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGALU-ALUKAN PEGAWAI PEMERINTAH YANG BARU DILANTIK
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 20 Disember 2024 – Majlis Serah Terima antara Pegawai Pemerintah Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) yang lama iaitu Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali dan Pegawai Pemerintah yang baru, Mejar Mohammad Sufrien bin Johan telah diadakan dengan rasminya di Padang Kawad, Perkhemahan Tutong.
Sejurus tiba, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB yang lama menerima tabik hormat, daripada Mejar Mohammad Khairul Asri bin Mohammad Hasbi, Pegawai Memerintah Kompeni Pentadbir, 2Bn TDDB, diikuti dengan pemeriksaan perbarisan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan perpisahan oleh Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB yang lama. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan semua warga 2Bn TDDB agar memberikan sokongan dan komitmen kepada Pegawai Pemerintah yang baru, dan sentiasa menerapkan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta terus bekerjasama sebagai satu unit yang bersatu ke arah mencapai visi dan misi organisasi.
Kedua-dua Pegawai Pemerintah yang lama dan baru dilantik kemudian melaksanakan penandatanganan sijil serah terima tugas, melambangkan penyerahan rasmi tampuk kepimpinan. Majlis diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan dan ucapan oleh Pegawai Pemerintah yang baru yang mana beliau menekankan mengenai kepentingan dalam mengekalkan rejimentasi, disiplin dan standard, serta perlunya berintegrit dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa oleh Koperal Md Zakwan bin Zulkifli dari Jabatanarah Agama ABDB.