SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 22nd November 2024 – A handover ceremony between the outgoing Commanding Officer (CO) of the Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF), Lieutenant Colonel Norranellwi bin Siaran/Searan and the new CO, Major Haji Hazimin bin Haji Abdullah was officially held at the Parade Square, Sungai Akar Camp.
Upon arrival, the outgoing CO received an honourary salute from Major Shah Minan@Adnan bin Haji Rosli, Officer Commanding of Panglima Company RGdR RBLF, followed by inspection of the parade. The ceremony then proceeded with the recital of Surah Al-Fatihah and a farewell speech by Lieutenant Colonel Norranellwi, who highlighted the achievements of RGdR RBLF and the importance of maintaining professionalism in striving to achieve the organisation's vision and mission. He further acknowledged the support, commitment and dedication given by each officer and personnel throughout his tenure.
Shortly after, the outgoing and the newly appointed CO conducted the signing of the Handover Certificate, symbolising the official handover of leadership. The event then continued with remarks from the newly appointed CO, who reminded all personnel the need to instill spiritual values, dedication and maintaining discipline in carrying out their duties and responsibilities. The ceremony concluded with the recitation of Doa by Private Awangku Md Zahwan bin Pengiran Mohamad from the Religious Directorate Royal Brunei Armed Forces.
PEGAWAI PEMERINTAH REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGALU-ALUKAN PEGAWAI PEMERINTAH BARU
PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Jumaat, 22 November 2024 – Majlis Serah Terima antara Pegawai Pemerintah Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) yang lama, Leftenan Kolonel Norranellwi bin Siaran/Searan dan Pegawai Pemerintah yang baru, Mejar Haji Hazimin bin Haji Abdullah telah diadakan secara rasmi di Padang Kawad, Perkhemahan Sungai Akar.
Sejurus tiba, Pegawai Pemerintah RPD TDDB yang lama menerima tabik hormat, daripada Mejar Shah Minan@Adnan bin Haji Rosli, Pegawai Memerintah Kompeni Panglima RPD TDDB diikuti dengan pemeriksaan perbarisan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan perpisahan oleh Leftenan Kolonel Norranellwi, yang mana beliau menyampaikan mengenai pencapaian RPD TDDB dan pentingnya untuk mengekalkan profesionalisme dalam usaha mencapai visi dan misi organisasi. Beliau seterusnya menghargai sokongan, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan oleh setiap pegawai dan anggota sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Pegawai Pemerintah yang lama dan baru seterusnya menandatangani Sijil Serah Terima Tugas, melambangkan penyerahan rasmi tampuk kepimpinan. Acara kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah yang baru dilantik, yang mana beliau mengingatkan semua anggota untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian, dedikasi dan menjaga disiplin dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa oleh Soldadu Awangku Md Zahwan bin Pengiran Mohamad dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.