Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EXERCISE BRUMAL SETIA 16/2024 AND MERTAK BERSATU 14/2024 CLOSING EVENT

PENANJONG GARRISON, Thursday, 26th September 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) and the 22nd Royal Malay Regiment, 5th Brigade (22 RAMD 5 Bgd) Malaysian Army has officially concluded Exercise BRUMAL SETIA 16/2024 and Exercise MERTAK BERSATU 14/2024, which was held at the Field Firing Area, Binturan Range, Penanjong Garrison. Present to officiate the closing event were Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Acting Field Commander RBLF and Brigadier General Mohd Zamri bin Abdullah, Commander of 5 Bgd, Malaysian Army. The event commenced with an exercise brief delivered by Major Pengiran Haji Abdul Malik bin Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham, Acting Operations Officer, 3Bn RBLF. This was followed by a live firing demonstration from the Mortar Platoons of the RBLF battalions and the 22 RAMD 5 Bgd Malaysian Army, and a company level attack.

The Acting Field Commander of the RBLF in his closing remarks highlighted that such exercises provide an important platform for both armies to enhance interoperability, share knowledge and experiences encompassing both jungle urban operations. The Commander of the 5 Bgd in his remarks also emphasised that the exercises not only foster stronger bilateral ties and collaboration between the two armies, but also provided an ideal opportunity to learn from each other's best practices, particularly in tactics, techniques and procedure. The event then concluded with the exchange of mementoes and a group photo session.

BRUMAL SETIA and MERTAK BERSATU are annual flagship exercises between the RBLF and Malaysian Army, aimed not only to strengthen practical military cooperation but also to enhance combat readiness and tactical interoperability, and further deepen the longstanding relationship between the two armies.

ACARA PENUTUP EKSESAIS BRUMAL SETIA 16/2024 DAN MERTAK BERSATU 14/2024

PENANJONG GARISON, Khamis, 26 September 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan 22 Rejimen Askar Melayu Diraja, 5 Briged (22 RAMD 5 Bgd) Tentera Darat Malaysia (TDM) secara rasminya menutup Eksesais BRUMAL SETIA 16/2024 dan MERTAK BERSATU 14/2024, bertempat di kawasan Lapang Sasar, Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison. Hadir bagi merasmikan acara penutup tersebut ialah Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pemangku Pemerintah Medan, TDDB dan Brigedier Jeneral Mohd Zamri bin Abdullah, Panglima 5 Briged, TDM. Acara dimulakan dengan Taklimat Eksesais yang disampaikan oleh Mejar Pengiran Haji Abdul Malik bin Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham, Pemangku Pegawai Gerakan 3Bn TDDB. Ini diikuti dengan demonstrasi tembakan oleh Platun Mertak dari Batalion-Batalion TDDB dan 22 RAMD TDM, dan seterusnya serangan peringkat kompeni.

Pemangku Pemerintah Medan, TDDB dalam ucapan penutupnya menekankan bahawa eksesais ini menyediakan platform penting bagi kedua-dua angkatan tentera untuk meningkatkan tahap kebolehoperasian, berkongsi pengetahuan dan pengalaman merangkumi operasi di hutan dan kawasan bandar. Panglima 5 Bgd juga dalam ucapannya menekankan bahawa eksesais ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera tetapi juga menyediakan peluang yang ideal untuk saling belajar mengenai amalan terbaik terutamanya dalam aspek taktik, teknik dan prosedur. Acara kemudiannya diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar ramai.

BRUMAL SETIA dan MERTAK BERSATU merupakan eksesais tahunan utama di antara TDDB dan TDM, yang bertujuan bukan sahaja untuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan praktikal tetapi juga untuk meningkatkan kesediaan tempur dan interoperabiliti taktikal, dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua tentera darat.​​