Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

COMMANDER OF THE EASTERN FIELD COMMAND MALAYSIA ARMY

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 25th September 2024 - Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) received a courtesy call today at the RBLF Headquarters from Lieutenant General Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Commander of the Eastern Field Command Malaysia Army. Also in attendance were Major General Dato' Noorrul Azril bin Ariffin, General Officer Commanding of the Malaysian Fifth Infantry Division and Chief of Staff RBLF.

During the call, both sides expressed appreciation on the progress of defence and military relations between Brunei Darussalam and Malaysia. The Commander of RBLF also conveyed his satisfaction with the active engagements between both armies which are manifested through regular exchange of visits, dialogues, meetings, bilateral exercises and trainings, and courses. He further highlighted that this year's Exercise BRUMAL SETIA and MERTAK BERSATU provides both armies a valuable platform to foster mutual understanding and enhance interoperability through professional interactions. Both sides also reaffirmed their commitment to further strengthening Brunei Darussalam and Malaysia bilateral cooperation and hopes to grow in the years ahead.

Lieutenant General Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi was in Brunei Darussalam as part of his working visit in conjunction with Exercise BRUMAL SETIA 16/2024 and MERTAK BERSATU 14/2024 which is currently taking place from 21st until 26th September 2024, involving the Third Battalion RBLF and 22nd Battalion of the Malay Regiment, 5th Brigade Malaysian Army based at Sri Kinabatangan Camp, Sandakan, Sabah.

 

PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PANGLIMA MEDAN TIMUR TENTERA DARAT MALAYSIA

BERAKAS GARISON, Rabu, 25 September 2024 - Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini telah menerima kunjungan hormat bertempat di Markas TDDB daripada Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Medan Timur, Tentera Darat Malaysia (TDM). Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato' Noorrul Azril bin Ariffin, Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Ketua Staf TDDB.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak merakamkan ucapan penghargaan mengenai perkembangan hubungan pertahanan dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Pemerintah TDDB juga menyatakan rasa puas hati dengan penglibatan aktif antara kedua-dua tentera melalui pertukaran lawatan, dialog, mesyuarat, eksesais dan latihan dua hala, dan kursus. Beliau seterusnya menekankan bahawa Eksesais BRUMAL SETIA dan MERTAK BERSATU tahun ini menyediakan kedua-dua tentera platform untuk memupuk persefahaman bersama dan meningkatkan kesalingoperasian melalui interaksi profesional. Kedua-dua pihak juga mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dan berharap untuk berkembang pada tahun-tahun akan datang.

Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi berada di Negara Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada lawatan kerja sempena Eksesais BRUMAL SETIA 16/2024 dan MERTAK BERSATU 14/2024 yang sedang berlangsung dari 21 hingga 26 September 2024, melibatkan Batalion Ketiga TDDB dan 22 Rejimen Askar Melayu Diraja, 5 Briged TDM yang berpangkalan di Kem Sri Kinabatangan Sandakan, Sabah.