BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 4th August 2024 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Royal Family members consented to participate in the Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 in conjunction with His Majesty's 78th Birthday Celebrations held at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
The Royal Brunei Land Force (RBLF) had the opportunity to participate in the event led by Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of RBLF, and were also joined by Deputy Commander of RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of RBLF. The route covered a distance of 10.30 kilometer, passing several main roads along Bandar Seri Begawan, which started and ended at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Prior to the event, the Fardhu Subuh congregational prayer was held at the Omar 'Ali Saifuddien Mosque, followed by a Tazkirah entitled 'Raja dan Rakyat Tiada Tembok Pemisah' delivered by Ustaz Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi from the Islamic Da'wah Center, Ministry of Religious Affairs.
Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 combines the aspects of recreation and healthy lifestyle which aims to instill a sporting culture and further enhance solidarity through the community's involvement towards a healthy lifestyle.
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2024
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 4 Ogos 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli bagi menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 bersama ahli-ahli Kerabat Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-78 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berpeluang menyertai acara tersebut yang diketuai oleh Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB dan turut disertai oleh ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai – pegawai dan anggota TDDB. Acara riadah ini meliputi kayuhan sejauh 10.30 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien melalui jalan-jalan utama mengelilingi Bandar Seri Begawan. Terdahulu, Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah juga turut diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien dan diikuti dengan tazkirah bertajuk 'Raja dan Rakyat Tiada Tembok Pemisah' yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 menggabungkan aspek gaya hidup sihat dan rekreasi yang bertujuan untuk memupuk budaya sukan dan mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat melalui penglibatan ke arah gaya hidup sihat.