Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE OFFICERS AND PERSONNEL AMONG THE RECIPIENTS OF STATE HONORARY MEDALS


BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 12 June 2024 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented to award the State Honorary Medals to civilian and military officers and personnel of the Ministry of Defence in conjunction with His Majesty's 77th birthday celebration.

The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, officiated the conferment of the State Honorary Medals as His Majesty's personal representative.

Among the recipients were 178 Royal Brunei Land Force (RBLF) Officers and personnel with a total of three RBLF Officers were awarded the Meritorious Service Medal (Pingat Jasa Kebaktian, P.J.K.), 115 RBLF Officers and personnel were conferred the Excellent Service Medal (Pingat Indah Kerja Baik, P.I.K.B PIKB), 32 personnel received the Star of Supreme Gallantry (Pahlawan Periwara, P.P) medal and 28 were conferred the Distinguished Warrior Star (Asgar Pahlawan (A.P) medal. 

Through this significant achievement, the RBLF extends its sincerest congratulations to all recipients and wishes them continued success and excellence throughout their service.

PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANTARA PENERIMA KURNIA PINGAT KEHORMATAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Jun 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai dan anggota tentera, dan anggota awam dari Kementerian Pertahanan sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-77 Tahun.

Istiadat Pengurniaan telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang maha Mulia bagi menyempurnakan Pingat-Pingat Kehormatan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.​

Antara penerima Pingat-Pingat Kehormatan ialah 178 pegawai-pegawai dan anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan seramai tiga Pegawai TDDB dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), 115 dikurniakan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B), 32 menerima pingat Pahlawan Periwara (P.P) dan 28 dikurniakan pingat Asgar Pahlawan (A.P).

Dengan pencapaian ini, pihak TDDB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima dan mendoakan untuk terus berjaya dan cemerlang disepanjang perkhidmatan.