Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

HANDING OVER CEREMONY FOR THE OUTGOING AND THE NEWLY APPOINTED CHIEF MEDICAL SERVICES, ROYAL BRUNEI LAND FORCE

BERAKAS GARRISON, Monday 6th May 2024 – Medical Services, Royal Brunei Land Force (RBLF) held a handing over of command today between Colonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, the outgoing Chief Medical Services (CMS) and Lieutenant Colonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, the newly appointed CMS at the Parade Square of First Battalion RBLF, Berakas Garrison. Also, in attendance were senior officers, officers and personnel of the Medical Services, RBLF.

The ceremony commenced with the arrival of the outgoing CMS receiving the honorary salute, followed by the inspection of the parade led by Captain Muhammad Hanis bin Awang Masri. The parade consisted of Medical Services personnel, and the Pipe Band platoon from First Battalion RBLF. The ceremony then continued with the recital of Surah Al-Fatihah and a speech from the former CMS. In his speech he acknowledged the support, commitment and dedication of each officer and Medical Services personnel including the Civilians in performing their tasks for the success of the Medical Services RBLF and he also thanked all of them for their support during his term.

Shortly after, the former CMS and the newly appointed CMS was ushered for the signing of the Handover Certificate as a symbol of the official handover of leadership of the unit. The event continued with the delivery of inaugural speech of the newly appointed CMS, Lieutenant Colonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari delivered her inaugural speech where she conveyed her utmost appreciation to the outgoing Chief Medical Services RBLF for contribution in the growth and development of Medical Services in the 16 years of holding the Chief Medical Services. The newly appointed CMS reminded the attendees that apart from providing the best healthcare to all RBAF personnel, Medical Services roles are also to monitor their well-being and ensuring their operational readiness.

She acknowledged the challenges faced by the unit which demands resilience, innovation, and unity. To be a medical professional is not an easy task as it requires limitless sacrifice, juggling multiple responsibilities and to always be ready to face any emergencies. The new CMS reminded the privilege and honour to serve as Medical personnel which embody the epitome of selflessness by risking their own safety in order to ensure the well-being of others.

She also encouraged all to appreciate successes, whether big or small as these signify true dedication and great skills. At the same time, to appreciate challenges and failures as opportunity to grow and as lessons learned.

The new CMS hoped all layers of Medical Services leadership to work together and to always be aligned by truth and honesty. She also emphasised to lead to the best of our abilities and to value each Medical personnel as they come with their own contributions and perspectives which can enhance the service provided by the unit. The first segment of the ceremony was concluded with Doa Selamat.

In another segment, the ceremony continued with refreshments and a presentation of mementos to the outgoing CMS at the Warrant Officers', Staff Sergeant and Sergeant Mess, Berakas Garrison. Before departing, the outgoing CMS had a meet and greet session with Medical Personnel, including the civilian staff.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI​

BERAKAS GARISON, Isnin, 6 Mei 2024 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berlangsung pada hari ini di antara Kolonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, mantan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan Leftenan Kolonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari selaku Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB yang baru bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB, Berakas Garison. Turut hadir ialah jemputan-jemputan khas, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan awam Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB.​

Majlis dimulakan dengan ketibaan mantan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB menerima tabik hormat, diikuti dengan pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Kapten Muhammad Hanis bin Awang Masri.  Kawalan perbarisan terdiri daripada anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, dan Platun Serunai dan Tambur daripada Batalion Pertama TDDB. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan daripada mantan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB. Dalam ucapan beliau telah merakamkan penghargaan kepada  setiap pegawai-pegawai dan anggota-anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB termasuk petugas-petugas awam di atas sokongan, kerjasama dan dedikasi mereka dalam menjayakan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Mantan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB serta Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB yang baru kemudian dibawa bagi mendatangani Sijil Serah Terima Tugas sebagai simbol penyerahan rasmi tampuk kepimpinan unit tersebut. Sebelum dibawa bagi pemeriksaan perbarisan, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB yang baru turut menyampaikan ucapan pertama beliau dimana beliau merakamkan perhargaan dan terima kasih kepada mantan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB di atas kepimpinan beliau setelah 16 tahun lamanya yang telah membangun dan mengembangkan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB. Beliau mengingatkan para hadirin bahawa selain dari menjaga kesihatan setiap anggota ABDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan juga berperanan untuk memantau kesejahteraan dan kesiapsediaan operasi mereka. Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan yang baru juga menyedari akan cabaran yang dihadapi oleh unit ini yang memerlukan sifat daya tahan, responsif dengan perubahan dan keperluan semasa, dan semangat berpasukan yang kental. Kerjaya sebagai seorang ahli perubatan bukanlah mudah kerana ianya memerlukan pengorbanan yang tidak terkira, kebijaksanaan dalam mengimbang tugas dan tanggungjawab yang besar dan banyak, dan perlu sentiasa di dalam keadaan siapsedia untuk menghadapi pelbagai senario cemas yang mungkin melanda yang tidak mengenal tempat dan masa.

Beliau mengingatkan akan keistimewaan dan penghormatan yang dikaitkan dengan tugas sebagai seorang anggota perubatan yang melambangkan sifat tidak mementingkan diri sendiri kerana sentiasa terdedah kepada risiko yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan diri sendiri demi untuk menolong menjaga kesejahteraan yang lain.

Beliau juga menyeru agar setiap kejayaan yang diperolehi, samada kecil atau besar, hendaklah dihargai dan dipanjatkan syukur kerana detik-detik kejayaan ini adalah bukti terhadap dedikasi yang tidak berbelah-bahagi dan kemahiran tugas yang cemerlang. Pada masa yang sama, kita hendaklah menghargai setiap cabaran dan kegagalan sebagai peluang untuk dijadikan pengajaran dan iktibar.

Beliau berharap agar seluruh peringkat kepimpinan bersama-sama berganding bahu, dan sentiasa berpandukan jalan yang lurus dan benar dan bersifat jujur serta menghargai setiap anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan kerana setiap individu mempunyai sumbangan dan perspektif yang tersendiri yang dapat meningkatkan lagi kualiti khidmat dan reputasi unit ini. Segmen pertama majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Di segmen kedua, majlis diteruskan dengan minum petang dan penyampaian cenderahati kepada Mantan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB serta penandatanganan lembaran kenangan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf  Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison. Sebelum beredar, Mantan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB kemudian dibawa bagi sesi ramah mesra bersama anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB.