Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

REGIMENTAL DINNER NIGHT FOR FORMER OFFICERS OF SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

TUTONG CAMP, Wednesday, 1st May 2024 – The Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) hosted a Regimental Dinner Night at Tutong Camp Officers' Mess to bid farewell to the outgoing officers after serving their tour in 2Bn RBLF. The event featured military regimental customs and was attended by former and current officers of 2Bn RBLF along with their spouses.

Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, the Commanding Officer of 2Bn RBLF, graced the occasion as the Guest of Honour. The ceremony commenced with a reception, followed by the regimental dinner. The Commanding Officer of 2Bn RBLF then delivered an appreciation speech, expressing gratitude to the outgoing officers, and mementos were presented to them. The ceremony concluded with the signing of parchment.

The Regimental Dinner Night served to honour the contributions of the departing officers of 2Bn RBLF and fostered camaraderie among both previous and present officers while upholding military traditions.

MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT BAGI MANTAN-MANTAN PEGAWAI BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 01 Mei 2024 - Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat sempena pertukaran keluar Pegawai-Pegawai 2Bn TDDB yang pernah berkhidmat di 2Bn TDDB, bertempat di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong. Majlis Makan Malam Beradat yang penuh dengan adat ketenteraan tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai yang pernah dan sedang berkhidmat di 2Bn TDDB berserta pasangan masing-masing.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Majlis dimulakan dengan resepsi, dan Makan Malam Beradat. Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Tetamu Kehormat dan diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai-pegawai yang diraikan. Majlis tersebut diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.

Majlis Makan Malam Beradat ini diungkayahkan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada mantan-mantan pegawai yang pernah berkhidmat di 2Bn TDDB atas jasa bakti yang pernah disumbangkan selama perkhidmatan mereka di unit tersebut. Selain itu, ia juga memberikan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan setiakawan di kalangan para pegawai 2Bn TDDB, di samping mengekalkan tradisi ketenteraan.